Semak Semula Keputusan SPM : Cara Mohon Secara Online

Semak Semula Keputusan SPM : Cara Mohon Secara Online

Adakah anda merupakan pelajar atau ibu bapa yang baru menerima keputusan SPM 2022 dan yakin bermungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melakukan kesilapan pada keputusan tersebut?

Anda berpeluang untuk membuat permohonan semak semula keputusan SPM 2022.

Tempoh Permohonan

Permohonan bagi semakan semula keputusan SPM dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan iaitu 8 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023.

Semak Semula Keputusan SPM

Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM

Berdasarkan perkongsian daripada Kementerian Pendidikan, terdapat 2 kaedah bagi membuat semakan semula keputusan SPM.

Pelajar serta ibu bapa boleh memilih kaedah yang sesuai mengikut panduan yang dikongsikan di bawah :

Cara Isi Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Secara Online

Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan semakan semula keputusan melalui langkah berikut :

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

Semakan Keputusan Kes ‘T’

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh melakukan permohonan semakan keputusan kes ‘T’ seperti berikut :

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Tiada caj dikenakan.
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

Dengan syarat, calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

Semak Semula Keputusan SPM

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan bagi semakan semula keputusan SPM akan dimaklumkan menerusi surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan bagi semak semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Peraturan permohonan semakan semula keputusan SPM 2022 yang pelajar dan ibu bapa perlu ketahui :

  1. Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
  2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi
    sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan
    lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
  3. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020,
    markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
  4. Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
    1. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
      sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan
      setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
      Pengarah Peperiksaan
      Lembaga Peperiksaan
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 8, Blok E11
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p.: Unit Menengah Atas)
  5. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
  6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
    bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  7. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai semakan semula keputusan SPM, sila rujuk :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!