SJKP 2023 Cara Permohonan Pinjaman Rumah Pertama & Syarat

SJKP 2023 | Cara Permohonan Pinjaman Rumah Pertama Skim Jaminan Kredit Perumahan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh memiliki rumah walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap. 

Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM5 bilion melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan berpendapatan tetap dan juga bagi yang tiada pendapatan tetap dalam pembentangan bajet 2023 yang diadakan pada Febuary lalu. 

Apa Itu SJKP

Skim ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.

Mulai 1 April 2023, Kerajaan Malaysia meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka 

Kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja yang mempunyai pendapatan tetap dan juga tidak tetap.

Syarat permohonan juga terbuka kepada pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami

Kelayakan bagi memohon di bawah skim SJKP ini, jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon perlulah tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan

Dengan bantuan SJKP, adalah dijangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu untuk memiliki rumah sendiri.

sjkp 2023

Kriteria Kelayakan SJKP Rumah Pertama

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  • Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
  • Kategori berpendapatan tetap
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

Terma & Syarat Pembiayaan SJKP 2023

PerkaraPenerangan
Tujuan PembiayaanPembiayaan gadai janji
Had PembiayaanSehingga RM400,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/ MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
Jenis PembiayaanPinjaman/ pembiayaan bertempoh
Tempoh PembiayaanSehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
Jaminan PerlindunganJaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
Kadar Faedah/ KeuntunganSeperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat
DepositDeposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful

Cara Permohonan Rumah SJKP 2023

sjkp 2023 permohonan rumah
  • Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  • Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti; Penyata Akaun Simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). 

NOTA: 

  1. Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. 
  2. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Institusi Yang Menyertai SJKP 2023

sjkp loan

Terdapat 15 institusi kewangan dengan cawangan melebihi 1800 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Anda boleh memohon pembiayaan perumahan anda di mana-mana cawangan berikut:

Insitut kewangan utama

  • Agro Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • Bank Rakyat
  • BSN
  • Maybank
  • Maybank Islamic
  • MBSB
  • RHB Islamic

Lain-lain Institusi Kewangan Yang Terlibat

  • Affin Bank Berhad
  • Affin Islamic Bank Berhad
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
  • AmBank (M) Berhad
  • AmBank Islamic Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • Hong Leong Islamic Bank Berhad

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai SJKP 2023, sila rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan di pautan berikut : https://www.sjkp.com.my/

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K); Tingkat 12, Bangunan Setia 1, 15 Lorong Dungun,Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur.

NOTA:

SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu SJKP?

Skim ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.

Bagaimana cara mohon SJKP?

i) Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
ii) Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti; Penyata Akaun Simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
iii) Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!