Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 (KEMAS)

Permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024. Syarat permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024 KEMAS adalah terbuka kepada warganegara Malaysia berusia lingkungan 21 tahun sehingga 35 tahun.

Sekiranya anda berkelayakan dan berminat untuk menyertai kurus ini, anda boleh membuat permohonan secara online sahaja bermula 3 November 2023.

Kursus Sijil Pendidikan Kanak-Kanak 2024 ini adalah untuk mengisi kekosongan di Semenanjung/Sabah/Sarawak. Ianya terbuka kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan seperti dibawah.

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 2024 (KEMAS)

permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 2024

Bagi mereka yang berminat, permohonan boleh dibuat secara online menerusi https://kis.kemas.gov.my/

Namun, jika berjaya dilantik, penempatan calon adalah berdasarkan kepada keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Pemohon hanya dibenarkan memilih salah satu jurusan yang berkaitan sahaja

Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak

Selain permohonan dalam talian, kaedah permohonan lain tidak akan diproses

Permohonan perlu dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 17 November 2023.

Syarat Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak 2024

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 21 – 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki Diploma akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak- Kanak diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Terbuka kepada :

  • i) Jurusan TABIKA (calon lelaki atau perempuan)
  • ii) Jurusan TASKA (calon perempuan sahaja)
  • Telah menamatkan pengajian & mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai majlis konvokesyen).
  • Mempunyai kesihatan yang baik serta tidak menghidap penyakit kronik.
  • Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak
    (contract of service) dalam perkhidmatan awam
  • Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau sukan

Maklumat Kursus

  • Tempat : Institut/Pusat Latihan KEMAS
  • Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

Walaubagaimana pun, ingin di maklumkan kepada mereka yang layak menyertai kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024. Tiada jaminan calon akan dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS.

Temuduga

Hanya calon layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga

Calon yang tidak dihubungi selepas dua (2) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan

Tugas -Tugas Guru Tabika Taska KEMAS

  • Membuat iklan promosi & menguruskan pengambilan serta pendaftaran kanak-kanak
  • Menerima & menyambut ketibaan kanak-kanak di kelas
  • Mencatatkan jadual kehadiran kanak-kanak setiap hari
  • Membuat perancangan serta melaksanakan pengajaran & pembelajaran berdasarkan arahan garis panduan
  • Penilaian berterusan terhadap perkembangan kanak-kanak dalam domain kognitif efektif & psikomotor.
  • Menjaga keselamatan, kebersihan, kesihatan, keselesaan serta keceriaan kanak-kanak sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyusun / menyediakan sudut / ruang aktiviti & alat / bahan bantu mengajar bersesuaian dengan pembelajaran harian.
  • Mengendalikan pengurusan dokumen & fail kelas (contohnya : Buku Daftar Stok, Portfolio kanak-kanak, Rekod Kemajuan Kanak-Kanak, Rekod Ujian Mata dan Rekod Anekdot).
  • Membuat kemaskini, menyedia data / maklumat / rekod / laporan berkaitan mengikut masa & arahan yang ditetapkan seperti laporan aktiviti / bulanan kelas dan lain-lain)
  • Mengemaskini data maklumat secara on-line yang berkaitan
  • Membantu Penolong Guru mengendalikan Akaun Tabika mengikut panduan dikeluarkan oleh ibu pejabat.
  • Merancang, mengurus & melaksanakan aktiviti / program ko-kurikulum termasuk program kelas dengan kerjasama JPTP / Agensi NGO terlibat.
  • Bertindak sebagi setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) untuk menyelia aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan & Tabika Perpaduan.
  • Menjalankan tugas sebagai Penolong Guru semasa ketiadaannya
  • Mengikuti latihan /seminar seperti mana diarahkan oleh jabatan.
  • Membuat persediaan sewajarnya bagi kemasukan kanak-kanak sesi Pra-sekolah baru seminggu lebih awal sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Melaksanakan tugasan seperti mana diarahkan pihak jabatan dari semasa ke semasa.

Kasut Wanita Hitam Sesuai Untuk Kerja & Temuduga

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2024, anda boleh layari https://kis.kemas.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!