Terkini Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Sesi 1/2022

Terkini permohonan Bantuan bagi Tabung Amanah KPYPJ sesi 1/2022 pelajar Kolej Yayasan Pelajaran johor (KYPJ) telah dibuka.

Pelajar Kolej KYPJ yang kurang berkemampuan dan berminat untuk bantuan ini adalah di alu-alukan untuk membuat permohonan. Borang, syarat kelayakan dan semakan seperti dalam permakluman berikut

Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Sesi 1/2022

Kolej Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah institusi pendidikan milik penuh Kerajaan Negeri Johor. Bantuan ini adalah bagi membantu keluarga golongan B40 yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk menghabiskan pengajian dengan jayanya

Kolej Yayasan Pelajaran Johor

Bantuan Tabung Amanah KPYPJ 2022

Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) lahir daripada perjuangan kerajaan negeri untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa yang gagal melanjutkan pelajaran ke universiti. Ia merupakan satu impian besar pimpinan Kerajaan Negeri Johor untuk melihat sebuah istitusi pendidikan ditubuhkan di negeri Johor bagi membolehkan lepasan SPM yang tidak berpeluang  ke universiti melanjutkan pelajaran di daerah tempat mereka tinggal. 

Ilham Ikhlas kemudian ditukarkan nama kepada Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) pada 1997 bagi menyediakan program peluang kedua pendidikan kepada lepasan sekolah melalui penubuhan empat kolej utama dan lapan buah kolej komuniti YPJ.

Kebanyakan kolej KPYPJ ketika itu beroperasi di bangunan milik kerajaan negeri dan Pusat Latihan Kemahiran (PLK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada tahun 2006 KTBYPJ telah digabungkan di bawah bumbung ITPYPJ. Bermula 2013, nama-nama kolej ini telah ditukar kepada Sekolah Pengurusan dan Sains Sosial (SPSS) bagi KIJ, Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif (SKSK) bagi ITP YPJ dan Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP) bagi IHYPJ.

1 November 2015 merupakan tarikh penuh bersejarah bagi KPYPJ apabila secara rasminya Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) yang tersergam indah di tengah kehijauan ladang kelapa sawit di kilometer 17 Jalan Kota Tinggi-Kulai diserahkan kepada pengurusan KPYPJ oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Kampus seluas 100 ekar bernilai RM120 juta itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan sejak majlis pecah tanahnya diadakan pada 11 Disember 2010.

Tempoh Permohonan

Untuk makluman, permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah bagi sesi 1/2022 dibuka dalam tempoh berikut :

10 April hingga 10 Mei 2022

Jenis Bantuan

Jenis bantuan yang ditawarkan melalui tabung bantuan kepada pelajar adalah seperti berikut :

  • Sara Diri
  • Keperluan Pengajian / Peralatan
  • Kos Rawatan / Perubatan

Manakala pelajar yang mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan

Baca juga : Dana Didik Johor 2022 Yayasan Pelajaran Johor

Syarat Permohonan

Pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk mohon bantuan ini perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Merupakan pelajar KPYPJ
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,500
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPTN hanya layak memohon Bantuan Sara Diri
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

Borang bantuan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh sila layari laman rasmi Kolej Yayasan Pelajaran Johor melalui pautan di bawah :

https://www.v2.kypj.edu.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!