Pendaftaran Tabika Kemas 2024/2025 Mohon Sekarang

Makluman Pendaftaran Tabika Kemas 2024/2025 dibuka bermula 1 OGOS HINGGA 31 OKTOBER 2023.

Permohonan ini dibuka untuk kanak-kanak berstatus warganegara sahaja. Berusia 4 tahun hingga 6 tahun pada tahun permohonan (tahun ini 2023)

Permohonan kemasukan adalah terhad mengikut kapasiti dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak)

Tarikh Pendaftaran Tabika KEMAS 2024/2025

pendaftaran tabika kemas 2024 2025

Pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Ogos sehingga 31 OKTOBER 2022

Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS

Untuk makluman ibubapa penjaga, syarat-syarat bagi pendaftaran tabika kemas 2024/2024 adalah seperti berikut ;

  • Kanak-kanak yang berstatus Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  • Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.
  • Permohonan pendaftaran TABIKA KEMAS tahun 2023/2024 akan dibuka mulai 01 OGOS HINGGA 31 OKTOBER 2023.
  • Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua TABIKA KEMAS.
  • Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).
  • Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.
  • Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  • Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  • Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November 2023.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

 Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online

Borang Pendaftaran Tabika Kemas 2024/2025

Untuk PENDAFTARAN di Tabika KEMAS ibu bapa boleh muat turun borang pendaftaran dan menghantar borang permohonan ke tabika berhampiran.

Apabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.

Yuran Tadika KEMAS

Untuk makluman bayaran yuran tadika kemas adalah seperti dalam jadual berikut ;

Boleh semak harga murah Tudung Tadika Kemas Awning Biru

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan tabika kemas 2024/2025, sila layari website https://www.kemas.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!