Senarai Menteri Besar,Ketua Menteri Negeri ,Premier Sarawak

Terkini Senarai Nama Menteri Besar, Ketua Menteri Setiap Negeri di Malaysia dan Nama Premier Sarawak

Menteri besar, Ketua Menteri Negeri dan Premier Sarawak merupakan ketua kerajaan bagi sesebuah negeri.

Mengikut protokol, semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier diberi gelaran terhormat Yang Amat Berhormat atau Singkatannya YAB.

Disini juga, di kongsikan senarai Menteri Besar (MB), Ketua Menteri (CM) dan Premier Sarawak 2022

Beza Menteri Besar dan Ketua Menteri ialah, Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Manakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

Manakala bagi negeri Sarawak, Premier Sarawak ialah gelaran bagi ketua kerajaan bagi wilayah Sarawak

Senarai Nama Menteri Besar Malaysia, Ketua Menteri dan Premier Sarawak Terkini

Sehingga kini,berikut adalah senarai MB, CM dan Menteri Primer Sarawak untuk setiap negeri di Malaysia yang memaparkan maklumat Negeri, Nama dan Parti terkini.

NegeriNamaParti
PERLIS    Dato’ Seri Azlan Man


UMNO
KEDAHTuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor


PAS
PULAU PINANGChow Kon Yeow


DAP
PERAKDato’ Saarani Bin Mohamad


UMNO
SELANGORDato’ Seri Amirudin Shari


PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
NEGERI SEMBILANDato’ Seri Haji Aminuddin Harun


PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)
MELAKADatuk Hj. Sulaiman Bin Md. Ali


UMNO
JOHORDatuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad


UMNO
PAHANGDatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail


UMNO
TERENGGANUDato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


PAS
KELANTANDato’ Haji Ahmad Bin Yakob


PAS
SARAWAKDatuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari


PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU


SABAHDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor


BERSATU

Manakala bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di terajui oleh Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Shahidan bin Kassim dari parti UMNO

Selepas pilihan raya ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Raja atau Yang di-Pertua Negeri biasanya menjemput parti (atau gabungan) dengan majoriti kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri. Raja atau Yang di-Pertua Negeri melantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier, yang majlis eksekutifnya (atau Kabinet di Sabah dan Sarawak) bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan.

Pilihan raya umum Malaysia 2022, Perdana Menteri Dato Ismail Sabri Yaakob, secara rasmi telah membubarkan parlimen. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga telah memustuskan tarikh pilihan raya umum Malaysia ke-15, akan diadakan pada 19 November 2022 setelah parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.

Disebabkan perkara ini, tiga negeri berikut telah turut sama membubarkan kerajaan negeri yang mana tindakan ini akan menyebabkan secara sendirinya penyandang jawatan ketua menteri bagi ketiga-tiga negeri ini akan terlucut. Walaupun begitu, ianya kekal sebagai ketua menteri sementara sehingga segala urusan urusan kerajaan akan dijalankan oleh kerajaan baru dan pelantikan ketua menteri baru di buat semula selepas PRU-15

NegeriNamaParti
PERLIS    Dato’ Seri Azlan Man


UMNO
PAHANGDatuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail


UMNO
PERAKDato’ Saarani Bin Mohamad


UMNO

Sebgai ketua menteri sementara, ianya memberi sekatan ke atas kuasa badan eksekutif, dengan peranan mereka hanya terhad kepada peranan pentadbiran asas untuk memastikan kelancaran hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri.

Senarai ketua menteri ini akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Sumber : https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/mbkm

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!