Caj RM1 Bagi Setiap Pengeluaran Wang Melalui ATM Mulai Tahun Depan

Caj RM1 Bagi Setiap Pengeluaran Wang Melalui ATM Mulai Tahun Depan (2022) ~ Bermula pada tahun hadapan (2022), caj pengeluaran RM1 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan kembali berkuat kuasa. 

Caj ini akan dikenakan sekiranya pengeluaran di lakukan di mesin ATM selain kad bank yang digunakan. Contohnya, pemegang kad bank MAYBANK akan dikenakan caj RM1 sekiranya mengeluarkan duit di mesin ATM selain MAYBANK. Begitu juga dengan bank-bank yang lain. 

Beberapa bank telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing antaranya Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd dan RHB Bank Bhd.

Caj RM1 Dikenakan Bermula 1 Februari 2022

1 Februari 2022, secara rasminya, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan untuk pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Caj ini akan dilaksanakan semula setelah dimansuhkan. 

Untuk makluman, sebelum ini para pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.

Seperti yang dijangka, hampir semua bank di Malaysia kini telah mengumumkan bahawa mereka akan kembali mengenakan caj RM1, jika mengeluarkan wang tunai di mesin ATM di bank lain bermula 1 Februari 2022. Ia menuruti langkah yang diumumkan oleh CIMB sebelum ini.

Kerajaan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan dalam talian. Hal ini disokong apabila pelbagai insentif yang disediakan oleh pihak kerjaan untuk rakyat adalah menggunakan dompet elektronik (eWallet), contohnya seperti pemberian RM30 pada awal 2020, RM50 pada akhir 2020 dan kredit eBelia RM150 pada 2021.

Tuntasnya, antara kebaikan langkah ini adalah dapat menggalakkan para pengguna untuk menggunakan e-wallet dan sistem cashless. 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di laman web rasmi bank masing-masing atau, di mana-mana cawangan bank berdekatan anda. 

Atau, rujuk info di bawah.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!