Permohonan KWSP 10K 2022 Di Luluskan YAB Dato Ismail Sabri Yaakob
Permohonan pengeluaran KWSP 10K diluluskan. Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Pengumuman ini telah di sampaikan oleh Perdana Menteri Dato Ismail Sabri Yakob sebentar tadi
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Permohonan KWSP 10K
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Sebelum ini juga, Kumpulan wakil pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyerahkan memorandum kepada Parlimen berhubung tuntutan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’, pada Isnin.
Baca juga : Pengeluaran i-Ceria KWSP RM10k
Wakil kumpulan tersebut, Mohammad Farhan Jailani berkata, memorandum itu sepatutnya diserahkan kepada tiga pemimpin iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mohammad Farhan berkata, pencarum mempunyai hak untuk menuntut pengeluaran wang simpanan itu mengikut Akta KWSP 1991.
“Kami dengan tegasnya sebagai pencarum KWSP yang terkesan ingin menuntut hak kami menurut Akta KWSP 1991 Seksyen 54 dan kami tidak akan sesekali berhenti sehingga wang tersebut berada dalam akaun kami.
Tonton Perutusan Ucapan YAB Perdana Menteri Dato Ismail Sabri Yaakob
Baca juga : Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Citra KWSP
Maklumat Lanjut
Pihak kami akan update dan kemaskini maklumat lanjut cara pengeluaran,permohonan KWSP 10K dari masa ke semasa
Sumber : https://www.facebook.com/ismailsabri60