MAIS | Tawaran Bantuan Rumah Sewa (RM500 – RM600 Sebulan)

MAIS | Tawaran Bantuan Rumah Sewa (RM500 – RM600 Sebulan) ~ Sukacita dimaklumkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan 30 unit rumah sewa di Seksyen 3 untuk kakitangan kerajaan dan swasta. 

Bantuan Rumah Sewa MAIS

Bantuan Rumah Sewa ini merangkumi kediaman tiga bilik dan dua bilik air di Wisma Majlis Agama Islam Selangor . Tawaran ini diberikan khusus kepada mereka yang berkeluarga sahaja serta mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM5,000.

Sewa RM500 ditawarkan bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan manakala bagi sektor swasta nilai sewaan ialah RM600.  

Antara kemudahan terdapat di bangunan ialah kawalan keselamatan 24 jam, sistem kamera litar tertutup, 220 kawasan parkir terbuka, surau dan perpustakaan wakaf serta ATM Bank Islam. Selain itu, ia juga berdekatan dengan pelbagai restoran makanan dan kedai keperluan harian.

Spesifikasi Rumah Sewa MAIS Yang Ditawarkan

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan sewaan kediaman di Wisma Majlis Agama Islam Selangor, Seksyen 3, Shah Alam berkeluasan 600 kaki persegi (3 bilik +2 bilik air).

Syarat Permohonan 

  • Berkeluarga
  • Mempunyai Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM5,000.00
  • Berkhidmat di Negeri Selangor
  • Kadar Sewa Bulanan
  • Pemohon yang memenuhi syarat di atas layak untuk menyewa kediaman Majlis Agama Islam Selangor dengan sewaan serendah RM500.00 (Sektor Awam) RM600.00 (Sektor Swasta).

Cara Permohonan

Untuk memohon, anda boleh mendapatkan borang permohonan sewaan di laman web berikut: www.mais.gov.my/sewaan/ 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

  • Hubungi Pegawai MAIS melalui Whatsapp di www.wasap.my/60192640631 atau www.wasap.my/60192302040.
  • Facebook Majlis Agama Islam Selangor
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!