Rayuan MRSM Tingkatan 1 2023 & Cara Buat Rayuan

Rayuan MRSM Tingatan 1 2023, cara buat rayuan dan contoh surat rayuan mrsm menjadi kegusaran buat ibu bapa ketika ini tertutama bagi permohonan yang tidak berjaya.

MARA juga masih membuat pengambilan pelajar bedasarkan kouta 60 peratus pelajar yang di ambil merupakan daripada golongan keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40)

Untuk makluman permohonan ke Tingkatan 1 dan tingkatan 4 MRSM bagi kemasukan 2023 ialah sebanyak 90,018. Sedangkan MRSM hanya mempunyai kapasiti 7,169 murid tingkatan 1, dan sebanyak 2,109 pelajar untuk Tingkatan 4.

Cara Buat Rayuan MRSM

rayuan mrsm tingkatan 1 2023

Bagi pelajar yang telah membuat semakan MRSM dan tidak berjaya. Usah bersedih dan berputus asa. Anda masih boleh mengisi rayuan kemasukan MRSM tingkatan 1 2023 dan tingkatan 4 di buka mulai 7 Mac 2023 sehingga 14 Mac 2023 sebelum jam 5 petang.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat rayuan MRSM ;

  1. Langkah 1 : Layari website berikut
    – Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1/
    – Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4/
  2. Langkah 2 : Sila masukkan no kad pengenalan pelajar tanpa simbol ‘-‘
  3. Langkah 3 : Tekan butang ‘Log Masuk.’
  4. Langkah 4 : Anda akan melihat paparan keputusan permohonan
  5. Langkah 5 : Untuk membuat rayuan, isi nota pada kotak rayuan dan tekan butang ‘Hantar Rayuan.’
  6. Satu paparan akan keluar “Rayuan anda telah diterima dan sedang di proses. Terima kasih”

Proses rayuan selesai. Dan hanya perlu keputusan rayuan yang akan dimaklumkan kelak

Tips dan panduan

rayuan mrsm 2023

Kredit FB Zia Azeah

  • Apabila anda telah klik ‘HANTAR RAYUAN’ maka anda akan dapat nanti paparan seperti gambar yg pertama. (Belah kiri)
  • Ada tulisan merah yang menyebut ‘ MAKLUMAT RAYUAN TELAH BERJAYA DIHANTAR’
  • Ini bermakna anda telah membuat rayuan dan selesai part@kerja anda. Tak perlu pening-pening lagi. Hanya tunggu dan tunggu dan tunggu untuk result rayuan sahaja nanti
  • Sistem akan menerima dan proses rayuan anda. Maka anda akan dapat “RAYUAN ANDA TELAH DITERIMA DAN SEDANG DIPROSES’.
  • Mohon bersabar kerana sudah pasti yang membuat rayuan PULUH RIBU calon

Contoh Surat Rayuan (Cara Isi Kotak Rayuan)

Ketika mengisi kotak rayuan, pastikan anda menulis surat tidak lebih daripada 130 – 140 patah perkataan sahaja. Jika terlebih ayat anda akan terpotong dan tergantung.

Ayat pula ditulis dalam bentuk point-point penting sahaja.

Bagi anda yang tak tahu nak tulis apa, contoh ayat rayuan MRSM, anda boleh ikut tips yang berikut.

Tips : Contoh Ayat Rayuan MRSM

Rayuan hendaklah ditulis dalam bentuk format rasmi.

Apa yang nak tulis dalam rayuan tu? Rayuan ni ibaratnya kita nak jual diri kita. Jadi kita kena angkatlah diri kita setinggi-tingginya. Tidak mengapa kalau masuk bakul angkat sendiri.

– Dalam rayuan tu, bagitau lah, saya sangat berminat untuk belajar di MRSM.

– Nyatakan kelebihan dan kekuatan diri selain pencapaian akademik. Contohnya mewakili sekolah/daerah/negeri dalam beberapa pertandingan. Nyatakan pertandingan-pentandingan yang disertai serta pencapaian. Sebut satu persatu.

– Menjawat beberapa jawatan penting seperti pengawas sekolah, ketua kelas/pengerusi/setiausaha/bendahari/ AJK Kelab/Persatuan/ Badan Beruniform.

– Jika pernah dapat anugerah kecemerlangan, bagitau juga. Misalnya, anugerah mata pelajaran terbaik, anugerah kedudukan terbaik dalam kelas/darjah, anugerah tokoh murid atau anugerah tokoh kokurikulum, ikon PAJSK dan sebagainya.

– Bakat atau kemahiran yang ada. Contohnya boleh menjadi pengacara majlis yang baik, mahir dalam pidato, bahas, pengucapan awam, tarian, seni mempertahankan diri dan sebagainya.

– Berjanji jika diberi peluang untuk belajar di MRSM, saya akan belajar bersungguh-sungguh serta dapat membanggakan nama mrsm.

– Last sekali jangan lupa bagitau harapan. Contoh; saya sangat berharap agar rayuan ini dapat dipertimbangkan.

Kredit FB : Abu Hadif Salafi

Keputusan Rayuan MRSM

Keputusan rayuan MRSM akan di maklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang telah didaftarkan. Sekiranya tiada sebarang makluman selepas 31 Mei 2023, rayuan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Untuk pertanyaan anda boleh emailkan kepada [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!