Kurikulum 2027 Persekolahan Malaysia KPM Rangka 7 Dasar
Kurikulum 2027, persekolahan Malaysia bakal menerima nafas baharu menerusi dasar kurikulum persekolahan 2027 yang di perkenalkan oleh Menteri Pendidikan Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek.
Perubahan itu bakal menstukrut kaedah pembelajaran yang baharu bermula dari perigkat prasekolah sehingga menegah atas.
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, penstukturan dan perubahan kurikulum persekolahan perlu bagi memastikan kurikulum bersifat fleksibel,relevan & kontekstual untuk mencapai budaya pendidikan sepanjang hayat.
Selain itu, perubahan ini penting bagi membentuk generasi yang memiliki growth mindset serta warga berdaya tahan
Secara dasarnya keperluan perubahan kurikulum persekolahan 2027 boleh dipecahkan kepada 4 kategori iaitu ;
- Sesi libat urus, resolusi persidangan tinjauan serta kajian kurikulum
- dasar negara, teori perkembangan & aspirasi murid
- Trend global,pentaksiran antarabangsa & SDG
- Malaysia Madani & Teras Utama KPM.
Kurikulum 2027 Matlamat Persekolahan Lahirkan Insan Sejahtera
Rangka kurikulum yang baharu ini juga menyasarkan untuk melahirkan murid bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga kompeten serta mencapai keseimbangan yang terbaik dalam memberikan pendidikan berkualiti.
Untuk maksud tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Kerajaan Perpaduan telah mengariskan 4 matlamat utama yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kurikulum 2027 iaitu ;
- Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
- Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
- Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
- Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
- Berdaya saing pada peringkat global
Kerangka Kurikulum Persekolahan 2027
Dengan matlamat melahirkan Insan Sejahtera, bagi mencapai matlamat Kurikulum 2027, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka 7 aspek kegiatan utama meliputi ;
- Perkembangan diri,
- Komunikasi,
- Tanggungjawab,
- Fasih digital,
- Literasi pelbagai,
- Kemahiran berfikir
- Pembelajaran sepanjang hayat
Tahap Persekolahan & Fokus
Tahap persekolahan bagi Kurikulum 2027 terhabagi kepada 6 tahap.
Prasekolah
Fokus utama kurikulum adalah untuk mempelajari kemahiran komunikasi,bersosialisasi dan pembentukan karakter.
Tahap Satu
Murid tahap satu, fokus utama kurikulum akan menekankan tentang penguasaan literasi dan numerasi serta pembangunan karakter. Murid akan melalui pengalaman pembelajaran berkonsepkan didik hibur untuk menarik minat mereka mengikuti pembelajaran secara formal disamping bermotivasi untuk hadir ke sekolah.
Tahap Dua
Bagi murid tahap dua pula, fokus kurikulum 2027 menumpukan kepada penguasaan kemahiran mengaplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah serta pembangunan karakter.
Pembelajaran bagi murid tahun tiga dan empat, boleh diperluas kepada perkara yang lebih mencabar dan memerlukan rangsangan otak.
Dengan erti kata lain, murid berpeluang mendapat pendedahan awal untuk mempelajari dan meneroka elemen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti kemahiran hidup, teknologi dan digital
Tahap Tiga
Pembelajaran bagi murid tahun lima dan enam, akan memfokuskan penguasaan kemahiran menganalisis serta menghasilkan inovasi. Pembelajaran juga berfokus kepada peningkatan keupayaan mentafsir apa yang dipelajari dan pembangunan karakter.
Pada tahap ini juga, merupakan persediaan murid ke alam sekolah menengah
Menengah Rendah
Kurikulum 2027 bagi pelajar tingkatan satu hingga tiga. Fokus pembelajaran untuk memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu, didorong mengenali minat serta potensi diri termasuk perkembangan bakat dan pembentukan karakter.
Menengah Atas
Pada tahap ini, murid tingkatan empat & lima disediakan dengan laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi dan dipersiapkan untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat.
Garis Masa Pelaksanaan
Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 akan dibuat secara berperingkat.
Ianya akan bermula pada tahun 2026 bagi tahap prasekolah, manakala bagi murid tahun satu dan tingkatan satu akan bermula pada tahun 2027.
Pentaksiran Bilik Darjah
Menerusi Kurikulum Persekolahan 2027, pelaksanaan pentaksiran bilik darjah akan diperkasan bagi tujuan untuk para guru mengenal pasti kekuatan serta kelemahan murid.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga di ubah suai meningkatkan tahap penguasaan murid.
Fokus persekolahan 2027 tidak lagi hanya bersandarkan kepada hasil tugasan semata-mata. Dengan cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih fleksibel, menyeronokkan serta lebih bermakna bagi guru dan murid
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut perincian mengenai Kurikulum Persekolahan 2027, anda juga boleh download pdf di laman web https://www.moe.gov.my/
Ini pula Buku Asas Pembangunan Kurikulum tulisan Azizi Jaafar yang telah dibaca oleh lebih 300 orang. Buku ini menerangkan asas pembangunan kurikulum dalam pendidikan.