Kolej Teknikal Yayasan Sabah Pengambilan 2022

Terkini pengambilan 2022 Kolej Teknikal Yayasan Sabah KTYS telah dibuka. KTYS menawarkan program-program pengajian peringkat sijil dan diploma dalam bidang pengurusan, teknikal dan latihan kemahiran yang boleh dipohon.

Pengambilan kemasukan ke Kolej Teknikal Yayasan Sabah tidak terhad kepada bumiputera sahaja. Pengambilan terbuka kepada semua kaum warganegara Malaysia.

KTYS terletak di Kota Kinabalu, Sabah dan mempunyai Dua (2) kampus iaitu Kampus Bandaraya Sembulan, beroperasi sebagai kampus utama yang menjalankan program-program pengurusan serta Kampus Pengajian Teknikal Likas, menjalankan program-program teknikal dan latihan kemahiran.

Pengenalan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)

KTYS adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditubuhkan pada tahun 1990 sejajar dengan objektif utama Yayasan Sabah yang termaktub dalam Enakmen Yayasan Sabah, No.8, 1966 Seksyen 3 iaitu memberi penekanan terhadap kemajuan Pendidikan, Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah disamping mengekalkan nilai-nilai dan budaya negeri Sabah.

KTYS adalah milik penuh Yayasan Sabah yang diuruskan oleh KKYS Sdn. Bhd

Syarat dan Kelayakan

Kelayakan minimum untuk melanjutkan pengajian di KTYS adalah

  • Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau setara (bergantung pada kursus yang dipohon) KECUALI bagi
  • Asasi Sains yang memerlukan 5 kredit termasuk Matematik dan salah satu mata pelajaran Sains Fizikal bagi program Akademik dan
  • Lulus PT3 atau setara bagi program Kemahiran

Program Pengajian Yang Ditawarkan

KTYS kini menawarkan dua (jenis) program pengajian, seperti berikut:

  1. Program akademik dalam peringkat sijil dan diploma
  2. Program kemahiran dalam peringkat sijil dan diploma.

Program-program yang ditawarkan:

Sekolah Teknologi & Teknikal:

  • Diploma Teknologi Automotif
  •  Diploma Teknologi Binaan Bangunan
  •  Diploma Teknologi Elektrik
  •  Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sekolah Pengurusan & Perniagaan

  • Diploma Pengurusan Perniagaan
  •  Diploma Pengurusan Teknologi
  •  Diploma Perakaunan
  •  Diploma Pengurusan Harta Tanah
  •  Diploma Sains Komputer

Program Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Pentadbiran Pejabat
  •  Teknologi Automotif
  •  Binaan Bangunan
  •  Teknologi Elektrik
  •  Teknologi Kimpalan
  •  Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  •  Penyediaan & Pembuatan Makanan
  • Pembuatan Pastri

Kemudahan

KTYS menyediakan kemudahan asrama dan kadar asrama yuran mengikut jenis program pengajian (tertakluk kepada tempoh pengajian). Tempat adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar baharu. Walau bagaimanapun pelajar kanan yang ingin mendapatkan kemudahan asrama boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Kediaman.

Jenis-jenis kemudahan yang disediakan oleh KTYS adalah seperti berikut:

  • Asrama
  • Perpustakaan
  • Makmal komputer
  • Kafeteria
  • Surau
  • Perlindungan insuran secara berkumpulan
  • Pengangkutan

Sesi Kemasukan Pelajar baharu

Sesi kemasukan pelajar baharu adalah tertakluk pada jadual kemasukan mengikut program seperti berikut:

  • Program Akademik bermula pada Bulan Disember dan Jun setiap tahun.
    • Program Kemahiran adalah tertakluk pada jadual ambilan dan kuota pelatih tertakluk pada jenis kemahiran.

Cara Mohon

Layari laman web www.ktys.edu.my dan lengkapkan borang permohonan secara online. Pemohon boleh menyemak status kemasukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

Soalan Lazim

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemuskilan dan pertanyaan tentang Kolej Teknikal Yayasan Sabah, anda boleh hubungi ;

Telefon : 088-239810 / 088-239637

WhatsApp :

019-8233369 (https://wa.me/60198233369)
019-9303369 (https://wa.me/60199303369)

Website : http://ktys.edu.my/

Facebook : https://www.facebook.com/ktyssabah


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!