Permohonan Skim i-Bisnes Hijrah Selangor RM50,000
Berita baik Permohonan Skim i-Bisnes Hijrah Selangor bagi tahun 2022 telah di buka. Dana pembiayaan dari RM1000 sehingga RM50,000 bagi yang layak. Tawaran Skim i-Bisnes Yayasan Hijrah Selangor adalah terbuka kepada semua kaum.
Para peniaga dan usahawan negeri Selangor yang layak, adalah di pelawa untuk memohon pembiayaan ini.
Hijrah Selangor telah berjaya membantu ramai usahawan di Negeri Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.
Skim i-Bisnes Hijrah Selangor
Pembiayaan sehingga RM 50,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim Pembiayaan i-Bisnes telah terbukti mampu membantu para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Pembiayaan Skim i-Bisnes ini TERBUKA kepada semua sektor perniagaan!
Jumlah pembiayaan
Pembiayaan sehingga RM 50,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim I-Bisnes untuk membantu peniaga dan ianya terbuka kepada semua sector perniagaan
Syarat pembiayaan
- Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM50,000
- Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 250 minggu (5 tahun)
- Caj perkhidmatan sehingga 8% setahun
- Bayaran balik secara mingguan
Syarat dan kelayakan
- Warganegara malaysia
- Rakyat selangor atau bermastautin lebih dari 5 tahun
- Mengundi di selangor
- Berumur di antara 18 tahun – 65 tahun
- Perniagaan sudah beroperasi
- Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
- Layak menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam hijrah
Dokumen diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon
- 2 keping gambar berukuran passport pemohon
- Salinan lesen/permit perniagaan (ssm/lesen pbt) pemohon
- Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)
- Salinan bil utility tempat tinggal
Semua dokumen ini hendaklah dalam format pdf. Dan perlu dimuat naik semasa mengisi borang permohonan secara online
Peneraju Hijrah Selangor
Ianya sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.
Dibawah Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan.
Ianya khusus membantu kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.
Program ini telah dilancarkan dengan rasminya pada 24 Mac 2015.
Cara memohon
Untuk memohon skim i-bisnes Hijrah Selangor. Permohonan boleh di buat secara online dengan melayari pautan berikut :
http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login
Hubungi
Untuk sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi;
Terdapat 20 cawangan Hijrah Selangor berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32
Tel :03-5519 1692
Website : http://www.hijrahselangor.com/
Facebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/
Artikel berkaitan ;
- Skim Go Digital Hijrah Selangor Pembiayaan RM50,000
- Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000
- Permohonan Skim i-Bermusim Hijrah Selangor