SBBU | Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022

SBBU | Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, Koperasi Tentera telah membuka permohonan kepada anggota untuk memohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022.

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022.

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan, SBBU adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi.

Antara objektif skim bantuan ini adalah untuk membantu keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan untuk merawat anggota terbabit.

Permohonan bagi skim sumbangan ini telah dibuka pada 1 Mac 2022 dan akan ditutup pada 1 April 2022.

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan

Syarat Kelayakan 

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.
  • Telah menjadi anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.
  • Bagi permohonan suami dan isteri (anggota Koperasi Tentera), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.
  • Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidapi penyakit kronik berlarutan.
  • Permohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak dimohon dalam satu keluarga.

Cara Membuat Permohonan 

Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk membuat permohonan. 

  1. Anda dikehendaki untuk memuat turun borang permohonan di pautan berikut: https://bit.ly/35BFW2C
  2. Kemudian, isikan borang dengan maklumat anda dengan lengkap dan betul.
  3. Sila sediakan semua dokumen yang diperlukan.
  4. Seterusnya, anda diminta untuk menghantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
  • Koperasi Tentera, Wisma Koperasi Tentera, No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Dokumen Yang Diperlukan

i) Pemohon

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank

ii) Pesakit

  • Salinan Mykad
  • Surat Perubatan Terkini dari Hospital/Klinik
  • Salinan Kad Kebajikan OKU (Bagi Pesakit OKU)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila hubungi Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan Koperasi Tentera berhampiran.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!