DERMS 2022: Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera
DERMS 2022: Cara Permohonan Skim Dermasiswa Koperasi Tentera ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan Skim Dermasiswa telah dibuka bermula 24 Januari sehingga 28 Februari 2022.
Skim Dermasiswa Koperasi Tentera (DERMS)
Skim Dermasiswa (DERMS) adalah merupakan sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Skim ini adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir.
Syarat Kelayakan
Sila baca dengan teliti syarat kelayakan dibawah sebelum membuat permohonan.
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
- Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.
- Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).
Cara Membuat Permohonan
Untuk memohon, sila muat turun borang permohonan di pautan berikut: https://bit.ly/3tT5Bh7
Atau, melalui kaunter-kaunter Ibu pejabat, cawangan yang berhampiran. Borang yang di fotostat/emel/faks juga boleh diterima.
NOTA:
- Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (DERMS 2022).
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
- Pastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran dikreditkan ke akaun bank pelajar (anak) seperti yang dinyatakan dalam borang.
- Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web KT di www.katmb.com.my.
Atau, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.