Contoh Ucapan Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam. Allah SWT juga menjanjikan ganjaran pahala dan pengampunan bagi hambaNya yang menghiasi bulan suci ini dengan ibadah dan amalan terpuji.

Bagi berkongsi kegembiraan akan kedatangan bulan mulia ini, antara perkara yang sering dilakukan adalah dengan bertukar ucapan Salam Ramadan dengan kenalan dan keluarga menerusi media sosial atau mesej peribadi.

Seiring dengan ucapan yang diberikan, biasanya penghantar juga akan menyelitkan doa kepada penerima supaya dipermudah segala urusan terutamanya dalam perlaksanaan ibadah.

Terdapat pelbagai jenis ucapan Salam Ramadan yang anda boleh kongsikan kepada kenaan dan keluarga rapat seperti mesej dalam bentuk pantun dan kata-kata motivasi.

Jom kita semak beberapa contoh ucapan sempena bulan puasa pada tahun ini.

Baca Juga : Hari Raya 2023 : Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya

Contoh Ucapan Salam Ramadan

Selamat menyambut bulan Ramadan bagi yang beragama Islam. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna serta saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada kesilapan dan kekhilafan.


Baik yang besar ataupun kecil. Yang nampak ataupun tidak nampak. Dan kalau ada tersalah cakap atau menyakitkan hati. Harap dimaafkan. Selamat menyambut Bulan Ramadaan.


Marhaban Ya Ramadan! Biarkan Allah SWT membimbing dan melindungi kita semua selama bulan suci Ramadan, dan marilah kita lebih dekat dengan Allah SWT dengan banyak beribadah kepada-Nya.


Sekapur sirih berulam pinang,

Siap tersaji sebagai hidangan,

 Bulan Ramadan kini menjelang,

Khilaf kata dan salah terucap, mohon dimaafkan.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 1444H Sahabatku.


Meskipun jemari tidak sempat berjabat, tetapi semoga pintu maaf masih terbuka lebar. Selamat menyambut Ramadan 2023, dan selamat menunaikan ibadah puasa.


Baju baru berkancing suasa,

Cantik dipakai si anak cina,

Selamat menyambut bulan puasa,

Semoga Ramadan kali ini memberi seribu makna.


Ramadan menjadi salah satu pintu rahmat yang terbuka lebar dan kesempatan untuk membersihkan jiwa. Selamat menyambut Ramadhan 2023 bagi kita semua.


Marhaban ya Ramadan

Semoga amal ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT


Pucuk selasih bertunas menjulang,

Dahannya patah tolong betulkan,

Puasa Ramadhan kembali menjelang,

Salah dan khilaf mohon dimaafkan,

Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2023 (1444 Hijrah)


Bulan Ramadan kini menjelma,

 Sucikan hati, perbanyakkan ibadah

Mohon maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap.

Selamat menjalani ibadah puasa 1444 Hijrah

Salam Ramadan Al-Mubarak


“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhanNya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Di awali dengan Bismillah, menyambut bulan penuh berkah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.


Salam Ramadan dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadan 2023 yg cukup mulia ini dan juga selamat berpuasa kepada anda semua. Mohon maaf jika ada yang tersilap kata atau perbuatan yang mengguris hati. Semoga Bulan Ramadan kali ini adalah yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.


Semoga perkongsian ucapan Salam Ramadan dari kami dapat mengeratkan lagi hubungan anda bersama rakan dan keluarga pada bulan Ramadan ini.

Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua. Semoga Ramadan ini membuka pintu kemaafan dan rahmat daripada Allah SWT.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!