Geran Khas Prihatin: Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Sebelum 20 Dis 2021

Geran Khas Prihatin: Kemaskini Maklumat Akaun Bank GKP Sebelum 20 Dis 2021 ~ Menurut satu siaran di laman facebook LHDN, penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit dikehendaki untuk mengemaskini maklumat akaun bank GKP masing-masing sebelum 20 Disember ini. 

Geran Khas Prihatin

Kemaskini Maklumat Akaun Bank Geran Khas Prihatin

Anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat bank akaun bank, serta memastikan maklumat akaun bank yang dikemas kini itu adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.

Hal ini kerana, bayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank aktif sahaja. Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.

Anda boleh mengemaskini akaun anda mulai 6 Disember hingga 20 Disember 2021 ini.

Cara Mengemaskini Akaun Bank GKP

  1. Untuk mengemaskini maklumat akaun bank anda, sila layari pautan berikut: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  1. Masukkan ID Pengguna untuk Log Masuk
  1. Klik “Kemaskini” dan masukkan maklumat akaun bank yang aktif. Pastikan anda TIDAK memasukkan maklumat akaun bank semasa syarikat. Masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon sahaja.
  1. Kemudian, klik “Simpan”.
  1. Selesai mengemaskini. 

Rujuk video untuk mengetahui cara-cara mengemaskini akaun bank GKP: https://gkp.hasil.gov.my/Images/KAEDAH%20MENGEMASKINI%20MAKLUMAT%20BANK%20PERMOHONAN%20GKP.m4v

Tarikh pembayaran semula kepada penerima sedia ada GKP yang berstatus Gagal Kredit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di portal rasmi GKP.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: 

Sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk maklumat lanjut: https://gkp.hasil.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!