9 Cara Sejukkan Rumah & Tips Sejukkan Bilik Tanpa Aircond

Memang tak dinafikan keadaan cuaca di Malaysia sejak-sejak akhir ini sangat panas dan tak menentu! Sehinggakan nak tidur pun boleh berpeluh-peluh dibuatnya.

Adakah anda sedang cari alternatif untuk kurangkan bahang di rumah tanpa gunakan aircond? Jom kita semak beberapa cara sejukkan rumah. Mudah dan praktikal!

Cara Sejukkan Rumah

9 Cara Sejukkan Rumah & Tips Sejukkan Bilik Tanpa Aircond

1. Pasangkan Langsir Yang Sesuai

Sinar matahari pada cuaca yang melampau boleh menyebabkan suhu rumah anda meningkat. Untuk mencegahnya, anda boleh pasangkan langsir yang dengan fabrik anti tembus.

Seterusnya, pilihlah warna yang terang kerana dapat memantulkan semula cahaya. Jangan lupa untuk tutup langsir pada waktu siang untuk kurangkan pancaran matahari.

2. Pasangkan Lapisan Tinted Pada Tingkap

Selain penggunaan langsir yang sesuai, anda juga boleh pertimbangkan untuk pasangkan lapisan tinted pada cermin tingkap anda.

Cara ini sesuai bagi yang tak suka pasang langsir dan mampu menghalang kehangatan cahaya matahari masuk terus ke rumah anda.

3. Tanam Tumbuhan Hijau

Bukan sahaja dapat mengindahkan lagi ruangan dalam dan halaman rumah, malah tanaman hijau juga dapat membantu mencegah sinaran matari untuk terkena pada dinding atau terus ke dalam rumah.

Tanaman ini berfungsi untuk menyerap sinaran matahari dan memberikan suasana yang lebih redup dan nyaman untuk kedaiaman anda. Antara tanaman yang sesuai untuk diletakkan di dalam rumah adalah pokok lidah jin, pokok getah dan ara beringin.

4. Gunakan Pelembap Udara

Meskipun ia tidak menawarkan kedinginan seperti aircond, namun ia boleh menjadi alternatif yang lebih murah untuk dinginkan sedikit rasa bahang dalam bilik.

Dalam pada masa yang sama, air humidifier juga menggunakan elektrik yang lebih sedikit berbanding aircond. Jadi, anda bolehlah berjimat lebih banyak.

5. Pilih Cadar Yang Sesuai

Walaupun nampak remeh, namun pemilihan cadar sebenarnya memainkan peranan penting untuk anda mendapatkan tidur yang lebih selesa dan lena.

Untuk cadar, pilihlah yang diperbuat daripada material seperti linen atau kapas yang lebih sejuk.

Elakkan memilih cadar yang berasaskan bahan sutera atau polyester kerana ia boleh memerangkap haba serta kelembapan.

6. Cat Warna Cerah Pada Dinding Rumah

Dinding dengan cat warna yang cerah seperti putih atau warna pastel dapat mencipta ruang kediaman yang lebih sejuk dan nyaman kerana kebolehannya untuk memantulkan semula haba. Elakkan warna yang gelap seperti biru tua, coklat dan warna seumpamanya.

Cara Sejukkan Rumah

7. Minimakan Penggunaan Perkakas Yang ‘Panas’

Sebelum tidur, tutup semua perkakas elektrik yang menjana haba seperti laptop, lampu (terutamanya lampu warna kuning) dan televisyen. Ini bagi mengurangkan penjanaan haba berlebihan melalui peralatan elektronik.

8. Guna Lampu LED

Bercakap tentang lampu, anda sangat digalakkan untuk menggunakan lampu LED di rumah.

Lampu jenis ini adalah pilihan yang lebih mesra alam, mampu milik dan tidak mengeluarkan haba. Berbanding dengan lampu mentol yang alam, ia boleh mengeluarkan haba yang panas.

9. Halakan Kipas ke Tingkap

Ada juga yang mengesyorkan cara ini untuk mengeluarkan haba dari bilik. Apabila cuaca panas, halakan kipas ke luar atau menghadap tingkap. Lakukan selama 10 ke 15 minit untuk mengurangkan bahang panas di dalam bilik.

Cara Sejukkan Rumah

Semoga cara-cara ini bermanfaat untuk anda cuba bagi menyejukkan rumah tanpa penggunaan aircond berlebihan.

Kebanyakan alternatif ini untuk mengurangkan bahang di rumah ini juga mudah untuk diikuti. Tambahan pula, penggunaan aircond yang lama boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi! Selamat mencuba!

Baca Juga : 7 Tips Jimat Aircond Supaya Bil Bulanan Tak Melambung Tinggi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!