myBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online

myBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online

Seperti kebanyakan bank-bank di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga tidak terkecuali dalam menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian buat pengguna mereka.

Selain menyediakan kemudahan transaksi serta pemindahan wang, BSN Online juga memberi kemudahan pelanggan untuk membeli pin unik UPU buat lepasan SPM yang ingin membuat permohonan UPU.

Di samping itu, myBSN turut menawarkan perkhidmatan berkaitan perbankan lain seperti :

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP)
  • Pembelian Pin

Lebih menarik lagi, pengguna juga tidak perlu lagi ke kaunter untuk daftar MyBSN. Jom ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai cara daftar akaun BSN secara online.

Baca Juga : Insan-i BSN : Tawaran Pinjaman KWSP Bercagar (FSA2)

Cara Daftar myBSN (BSN Online)

Untuk mendaftar BSN secara atas talian, pastikan anda sudah ada kad ATM serta ingat nombor telefon yang didaftarkan.

Sila ke kaunter BSN terdekat untuk tukar atau kemaskini nombor telefon bagi memudahkan proses pendaftaran.

Langkah 1 : Pergi ke pautan myBSN

  • Layari laman web myBSN di https://www.mybsn.com.my/ dan klik ‘Register’ untuk mulakan pendaftaran.
  • Tandakan butang ‘Accept’ untuk ‘First Time Registration’.
BSN Online

Langkah 2 : Masukkan Maklumat Kad Debit/Kad Kredit

  • Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu :
  • Nombor Kad Debit / Kad Kredit
  • Nombor Pin (untuk Kad Debit Sahaja)
  • Tarikh tamat tempoh Kad
  • Nombor CVV2 (3 nombor di bahagian belakang kad ATM anda) serta
BSN Online

Masukkan 16 digit no kad bank anda yang tertera pada kad ATM.

Langkah 3 : Masukkan Maklumat Yang Diperlukan

  • Seterusnya, masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.
  • Kemudian, masukkan username / ID pengguna yang dipilih beserta kata laluan.
BSN Online
  • Klik ‘Request OTP’. SMS dengan nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit yang telah didaftarkan.
  • Masukkan 6 nombor tersebut untuk teruskan pendaftaran.
  • Kemudian pilih 1 ‘online image’ yang mudah diingat (bagi tujuan pengesahan nanti).
  • Jika pendaftaran berjaya, skrin anda akan memaparkan pengesahan pendaftaran beserta butiran maklumat had transaksi perbankan.
  • Anda boleh login semula dan melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.

Anda juga boleh rujuk video di bawah sebagai panduan :

Cara Log Masuk BSN Online Pertama Kali

Untuk pengguna yang pertama kali log masuk setelah mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut :

  • Login semula dengan menggunakan username dan password tadi.
  • Isikan data peribadi yang diminta di kotak bertanda *.
  • Butiran lain boleh juga diisi jika mahu.
  • Log masuk selesai. Kini anda boleh mulakan transaksi menggunakan myBSN.

Soalan Lazim myBSN

Perlukah saya membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?

Tidak perlu. Anda boleh gunakan akaun dan nombor kad ATM yang sedia ada.

Bolehkah saya buka akaun secara online?

Setakat ini kami belum lagi menawarkan perkhidmatan ini.  Kami sedang mengusahakannya untuk kemudahan semua.

Saya tidak memiliki akaun dengan myBSN. Masih bolehkah saya menggunakan perkhidmatan ini?

Sila layari laman web kami untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, untuk berurusan secara dalam talian dengan MyBSN, anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM dan mendaftar dengan MyBSN

Bilakah saya boleh mula menggunakan perkhidmatan ini?

Anda boleh mula sebaik sahaja anda berjaya mendaftar di MyBSN secara online.

Bolehkah saya daftar nombor telefon bimbit luar negara?

Pada masa ini kami tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.

Perlukah saya daftar semula dengan myBSN selepas kad ATM saya diganti baharu (disebabkan kecurian, kehilangan, dll)?

Selepas anda mendaftar dengan kami, profil anda dalam MyBSN akan sentiasa sah. Anda tidak perlu lagi mendaftar semula.

Bolehkah saya gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?

Sebagai langkah keselamatan, anda dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai  Kata Laluan. Sentiasa gunakan kata laluan yang berlainan daripada nama pengguna.

Jika saya lupa Kata Laluan, bagaimana boleh saya memohon Kata Laluan baharu?

Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.

Bolehkah saya tukar Kata Laluan saya?

Boleh. Log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC, yang akan dihantar kepada anda melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan anda.

Apa langkah keselamatan perlu saya ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan saya?

Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel, adalah lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL, iaitu www.mybsn.com.my dan log masuk dari sana. Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan dalam talian di halaman Panduan Keselamatan. Panduan Keselamatan.

Apa perlu saya buat jika terlupa Nama Pengguna?

Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Kami sedia membantu ada 24 jam sehari.

Adakah dikenakan bayaran menggunakan myBSN?

Tiada sebarang bayaran. Kami mahu membantu menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah untuk semua.

Mengapakah baki akaun myBSN memaparkan NA?

Sekiranya baki akaun tidak dipaparkan (akaun NA), berkemungkinan Perbankan Internet myBSN sedang mengalami sedikit gangguan teknikal pada masa tersebut.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya baki akaun myBSN memaparkan ‘NA’?

Baki akaun simpanan tuan/puan tidak akan berubah. Tuan/Puan dinasihatkan untuk membuat semakan semula di Perbankan Internet myBSN dari semasa ke semasa kerana baki simpanan tersebut akan terpapar semula di dalam sistem.

Untuk senarai penuh Soalan Lazim (FAQ) mengenai myBSN, sila rujuk di pautan berikut :

Soalan Lazim (FAQ) myBSN

 Maklumat Lanjut

Sekiranya anda hadapi masalah untuk log masuk atau perlukan bantuan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!