Pahang Pride Kid 2023 Cara Mohon & Semakan

Insiatif Pahang Pride Kid 2023 diteruskan. Berikut cara mohon dan semakan Pahang Pride untuk anak kebangsaan Pahang.

Belanjawan Negeri Pahang 2023, meneruskan lagi insiatif ini dan telah menaikkan jumlah bantuan daripada RM200 pada tahun 2022, kepada RM300 pada tahun ini.

Insiatif ini adalah bagi memberi galakan kepada kadar kelahiran di negeri ini yang dilihat masi rendah.

Insiatif Pahang Pride Kid 2023 Program Anak Kebangsaan Pahang

Program Anak Kebangsaan Pahang “Pahang Pride Kid” merupakan inisiatif kerajaan negeri Pahang bagi mengalakkan peningkatan kadar kelahiran negeri tersebut.

Menteri Besar Pahang,YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam bajet 2023, kerajaan negeri memperuntukan RM7.5 juta berbanding RM5 juta pada Belanjawan Pahang 2022 yang akan memberi manfaat kepada 25,000 bayi yang akan dilahirkan dinegeri Pahang.

Pemberian RM300 yang diperuntukkan tersebut, akan diberikan dalam insentif berikut:

  • RM50 untuk barang keperluan bayi
  • RM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat)
  • RM150 dalam bentuk Gold Bar

Syarat-syarat Kelayakan

  • Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
  • Bayi dilahirkan di negeri Pahang
  • Dilahirkan pada tahun 2023

Cara Memohon Pahang Pride Kid

Bagi ibu bapa/penjaga yang sah yang ingin memohon insitif tersebut, anda boleh membuat permohonan secara atas talian dengan mengimbas QR code pada poster di atas atau membuat permohonan dengan mengisi borang online seperti berikut ;

  • Layari pautan link berikut https://erakyat.pahang.gov.my/
  • Klik butang Permohonan Pahang Pride Kid
  • Isikan maklumat permohonan seperti ;
    • Maklumat ibu/ayah
    • Maklumat anak
    • Maklumat tempat tinggal
  • Semak maklumat yang di isi, pastikan maklumat tepat dan betul
  • Klik butang hantar untuk menghantar permohonan

Semakan Pahang Pride kid

Untuk semakan status permohonan, ibu bapa/penjaga boleh membuat semakan dengan cara ;

  • Layari pautan yang sama ketika permohonan iaitu https://erakyat.pahang.gov.my/
  • Klik pada butang semakan
  • Masukkan no kad pengenalan
  • Klik Semak

Cara Buka Akaun Bank Rakyat Nuri

Untuk membolehkan pemberian RM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat) disalurkan , Ibu bapa / penjaga yang sah perlu hadir ke mana-mana cawangan bank rakyat berhampiran bersama dokumen berikut :

  1. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga sah
  2. Sijil lahir bayi
  3. Sijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai insiatif Pahang Pride Kid 2023 ini anda boleh menghubungi Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang di nombor 09-5124043/09-5124039

Atau anda juga boleh layari ;

Soalan Lazim F.A.Q

Apa Itu Pahang Pride Kid?

Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2023)

Setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM300.(RM50 dalam bentuk barangan bayi, RM100 dalam bentuk simpanan bank rakyat dan RM150 gold bar)

Siapakah yang layak memohon?

i.Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
ii.Bayi dilahirkan di negeri Pahang
iii.Dilahirkan pada tahun 2023

Bilakah tarikh tutup permohonan

Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang di nombor 09-5124043/09-5124039

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!