Bantuan  Pemandu Pelancong 2022 ~ RM1500 Bajet 2022

Bantuan Pemandu Pelancong Tourist Guide (TG)2022 sebanyak RM1500 bajet 2022.Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya atau Ministry of Tourism and Culture (MOTAC) menerusi bajet 2022, menyediakan insiatif bantuan kewangan sebanyak RM1500.00 kepada Pemandu Pelancong Berlesen.

Apakah itu Bantuan Pemandu Pelancong (TG)?

  • Bantuan TG adalah bayaran tunai RM750 sebulan untuk 2 bulan (bulan Februari dan Mei) kepada TG yang terkesen semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang berkuatkuasa akibat COVID-19.
  • Bantuan ini bagi membantu pengoperasian semula aktiviti pemanduan TG dalam Pelan Pemulihan Negera (PPN).

Syarat Kelayakan

  • Bantuan ini diberikan kepada TG yang berlesen dengan MOTAC yang masih sah sahaja.
  • Hanya Warganegara Malaysia (Pemegang MyKad) sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
  • Pemohon hendaklah memiliki lesen Pemandu Pelancong Bandar/ Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat/ Pemandu Pelancong Khas Langkawi/ Pemandu Pelancong Khas Wilayah Sarawak atau Sabah (RSTG) yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC.
  • Penerima bantuan kewangan di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) 2021 akan terus layak menerima bantuan ini. Insiatif ini juga di panjangkan kepada pemegang lesen Pemandu Pelancong yang masih sah laku pada 31 Oktober 2021 layak menerima bantuan kewangan ini.
  • Lesen Pemandu Pelancong yang telah tamat tempoh sah laku sebelum atau pada 1 November 2021 dan tidak mengemukakan pembaharuan lesen pemandu pelancong berserta dengan bayaran fi proses sebelum tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
bantuan pemandu pelancong

Cara Memohon

  • Pemohon yang layak perlu mengemukakan permohonan beserta dokumen sokongan secara atas talian kepada Pejabat MOTAC Negeri berkenaan.
  • Maklumat lanjut berhubung bantuan ini boleh dirujuk di laman sesawang MOTAC.

Bayaran

Pemberian bantuan kewangan ini hanya diberikan kepada individu yang layak sahaja. Proses bayaran peringkat pertama sebanyak RM1,000.00 bermula pada bulan Februari 2022 dan baki bayaran RM500.00 akan dilakasanakan pada bulan Mei 2022.

Soalan Lazim

  • Adakah Pemandu Pelancong Kategori Sementara (Warga Asing) layak untuk bantuan kewangan di bawah inisiatif Bajet 2022?

Hanya Warganegara Malaysia (MyKad) yang memiliki/memegang lesen Pemandu Pelancong yang dikeluarkan oleh MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.

  • Adakah Lesen Pemandu Pelancong yang telah tamat tempoh pada 31 Oktober 2021 dan tidak memperbaharui lesen sebelum tarikh tersebut tetapi telah membuat pembaharuan pada 1 November 2021 layak menerima bantuan ini?

Tidak layak. Hanya individu yang memiliki Lesen Pemandu Pelancong yang masih sah atau mengemukakan permohonan pembaharuan dengan MOTAC pada atau sebelum 31 Oktober 2021 sahaja yang layak bantuan kewangan ini.

  • Adakah seorang Pemandu Pelancong yang memegang pelbagai kategori lesen seperti Pemandu Pelancong Bandar dan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Setempat yang masih sah di dalam pelbagai bahasa dapat memohon bantuan di bawah inisiatif Bajet 2022?

Pemberian bantuan kewangan ini hanya diberikan secara One-Off ke atas setiap individu sahaja. Pemberian kewangan ini tidak diberikan berdasarkan bilangan kategori lesen yang dimiliki.

  • Apakah jenis kategori lesen Pemandu Pelancong yang layak menerima bantuan Bajet 2022 ini?

Pemegang lesen Pemandu Pelancong yang layak menerima bantuan kewangan ini mestilah terdiri daripada kategori Bandar/ Alam Semulajadi Setempat/ Khas Wilayah Sarawak dan Khas Langkawi yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan masih sah laku layak menerima bantuan ini.

  • Jika Pemandu Pelancong yang tidak layak berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh MOTAC adakah individu tersebut boleh membuat rayuan kepada MOTAC?

Hanya Pemandu Pelancong Berlesen yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dipertimbangkan.

  • Pemandu Pelancong yang tidak layak untuk menerima bantuan kewangan di bawah inisiatif PEMERKASA+ 2021 ataupun tetapi telah memenuhi syarat-syarat kelayakan Bajet 2022, adakah individu tersebut akan menerima bantuan kewangan ini?

Individu ini masih layak untuk menerima bantuan kewangan Bajet 2022 jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MOTAC.

  • Sekiranya ada pertanyaan lanjut berkenaan dengan bayaran bantuan Bajet 2022 bagaimanakah orang ramai boleh mendapat maklumat?

Makluman berkenaan bayaran bantuan ini akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman sesawang rasmi dan Facebook rasmi MOTAC. Orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan anda boleh hubungi

 Agensi

BAHAGIAN PELESENAN & PENGUATKUASAAN PELANCONGAN (BPPP), MOTAC

Telefon :03-8891 72019

Emel ; [email protected]

Website : motac.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!