Melur Untuk Firdaus 2 : Sinopsis & Barisan Pelakon

Seperti yang kita tahu, drama Melur Untuk Firdaus berjaya mencipta fenomena di kalangan penggemar drama tempatan sehinggakan tular ke negara jiran.

Menurut penilaian Nielsen pada tahun 2022, drama Melur Untuk Firdaus berjaya mencapai rekod penonton sebanyak 11 juta orang di Malaysia.

Drama bersiri ini juga telah mengumpul jutaan peminat di sekitar Asia Tenggara terutamanya di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina.

Kini drama Melur Untuk Firdaus kembali pada musim kedua pada tahun 2023 atas permintaan ramai.

Berdurasi selama 35 episod, drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan Arield Mohd Rifin di bawah penerbitan A-Ten Alliance Sdn. Bhd.

Baca Juga : Melur Untuk Firdaus Musim 1 : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review

Melur Untuk Firdaus 2

Sinopsis Melur Untuk Firdaus 2

Ikatan perkahwinan Melur dan Firdaus kini diduga pula dengan kehadiran Mawar. Meskipun pelbagai rintangan menimpa pasangan ini, namun mereka tetap teguh mempertahankan hubungan sebagai suami isteri.

Bagi memperkuat hubungan mereka, Melur dan Firdaus mula menulis catatan motivasi dan janji baharu setiap minggu.

Firdaus (Merqeen) telah ditugaskan untuk mengendalikan projek syarikat di luar bandar. Melur (Anna Jobling) tetap memberikan sokongan kepada suaminya yang kini banyak menghabiskan masa untuk bekerja.

Mawar (Eyka Farhana) pula dipaksa oleh bapanya, Tuan Idrus untuk bekerja sebagai persediaan untuk mengambil alih syarikat.

Pada asalnya, Mawar tidak bersemangat untuk pergi ke pejabat sehinggalah dia bertemu dengan Firdaus. Sejak itu, dia sangat teruja untuk ke pejabat dan bersemangat untuk bekerja.

Sementara itu, Melur kini sedang mencuba nasib dalam bidang penulisan buku kanak-kanak dan berhasrat untuk menubuhkan syarikat penerbitan novel. Rakan kongsi Melur, Zack (Azim Yusof) pula mula menaruh perasaan terhadap Melur secara diam-diam.

Pada masa yang sama, Lili dan anaknya Damia kini hidup tenang selepas suaminya, Zain dipenjarakan. Namun, apabila Zain dibebaskan, Lili mula resah.

Melur dan Firdaus juga menghadapi isu lain yang boleh menggugat keamanan rumah tangga mereka seperti hubungan Melur dengan Haris serta dilema Melur yang masih belum dapat memberikan zuriat kepada Firdaus.

Mampukah Melur dan Firdaus mempertahankan hubungan cinta mereka walau duji dengan pelbagai rintangan? Teruskan menonton kisah Melur Untuk Firdaus yang mula bersiaran pada 16 Mac 2023.

Melur Untuk Firdaus 2

Barisan Pelakon   

PelakonWatak
MerqeenFirdaus
Anna JoblingMelur
Eyka FarhanaMawar
Azim YusofZack
Fimie DonHariz
Haleeda MazlinRohana
Zainol IsmailNasaruddin
Taib ZamannuriRaykal
Puteri BalqisSally
Kuza MuzaniKamariah
Azhar AmirKamarul
Hairi SafwanZain
Sabrina SharleenRania
Naim ShamsolSaiful
Qaseh QhairienaDamia
Tengku Tieya Tengku ZueNana

Waktu Siaran Melur Untuk Firdaus 2

Melur Untuk Firdaus Musim ke-2 akan mula ditayangkan pada 16 Mac 2023 pada jam 7.00 malam setiap hari Khamis dan Jumaat di slot Akasia, TV3.

Kemudian, siaran akan diteruskan pada 20 Mac 2023 pada waktu yang sama setiap hari.

Sekiranya tidak berkesempatan, anda masuh berpeluang untuk menonton kesemua 35 episod drama ini secara ekslusif menerusi platform Disney+ Hotstar.  

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan drama kegemaran anda melalui Instagram @dramasangat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!