eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Bermula April

eTesting JPJ: Ujian Lesen Memandu Secara Automasi Bermula April ~ Adalah dimaklumkan bahawa, bermula April 2022, JPJ akan melaksanakan sistem eTesting di seluruh negara. 

Kepada sesiapa yang bakal mengambil lesen memandu, sila baca maklumat dibawah dengan teliti. 

eTesting JPJ

eTesting JPJ adalah merupakan sistem yang bakal dilaksanakan oleh JPJ bermula bulan April 2022. Melalui sistem ini, pegawai JPJ tidak akan duduk di dalam kereta sekali dengan calon ujian memandu. Tetapi, sebaiknya, calon akan dipantau menerusi bilik kawalan.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan ujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing’ yang bakal dilancarkan sempena Sambutan Hari JPJ ke-76, pada bulan April nanti.

Kebaikan sistem ini adalah dapat menjimatkan petugas, dan ‘mobilize’ petugas lain untuk kerja-kerja penguatkuasa sebab sistem hanya memerlukan 2 hingga 3 orang sahaja. 

Pelaksanaan Sistem eTesting JPJ

Sistem ini masih mengekalkan enam peringkat ujian iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.

Dengan menggunakan sistem ini, kebanyakan proses ujian, bahagian 1,2, 3 akan dipantau sepenuhnya melalui gajet IT.

Segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit.

eTesting JPJ

Kelebihan Sistem eTesting JPJ

Antara kelebihan sistem ini termasuklah dapat mengurangkan bilangan pegawai yang diperlukan, di samping meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

Keputusan ujian keluar cepat dan semua keputusan boleh dicetak segera.

Untuk makluman, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikasi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

JPJ akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.

Sistem ini sebenarnya sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!