Semakan Info Banjir Terkini | Senarai 20 Laluan Yang Ditutup Sementara

Semakan Info Banjir Terkini | Senarai 20 Laluan Yang Ditutup Sementara ~  Polis menutup 20 laluan yang dinaiki air susulan banjir kilat yang melanda beberapa daerah di Selangor, sejak malam tadi.

Kesemua laluan itu membabit beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Petaling Jaya, IPD Klang Utara, IPD Sungai Buloh, IPD Subang Jaya, IPD Sepang dan IPD Kuala Langat dan IPD Shah Alam.

Banjir

20 Laluan Ditutup Sementara Akibat Banjir

Menerusi maklumat yang dikongsi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, IPD Petaling Jaya menutup laluan pusingan U keluar dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) menghala ke bulatan lapangan terbang; lorong motosikal susur masuk ke lapangan terbang serta laluan ke lapang sasar Subang.

IPD Klang Utara menutup Lebuhraya Shapadu manakala IPD Sungai Buloh lima laluan iaitu Jalan Merbau, Kampung Melayu Subang, Jalan Sungai Plong; Jalan Gajah 2/3; Jalan Gajah 2/4 dan Jalan Gajah 16.

IPD Sepang turut menutup lima laluan iaitu Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan/Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Bukit Canggung/ Bandar Baru Salak Tinggi, Jalan Salak/Sepang dan Jalan Kampung Ginching (hadapan Masjid).

IPD Shah Alam pula menutup laluan Jalan Kota Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS); Lebuhraya Persekutuan; Seksyen 13 dan Jalan HICOM.

Sementara satu laluan ditutup IPD Subang Jaya iaitu di Kampung Bukit Lancong Putera Heights dan Jalan Kebun dari Shah Alam ke Banting pula ditutup IPD Kuala Langat.

Untuk mendapatkan maklumat Notis Penutupan Jalan, sila layari; www.bencanaalam.jkr.gov.my

Nota: Sila cakna dengan info semasa mengenai banjir dan sentiasa utamakan keselamatan diri anda. Ikut arahan pihak berkuasa dan berpindah segera sekiranya terdapat tanda-tanda air naik.

Banjir 2021

Sumber: Berita Harian

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!