Renew GDL 2023 – Harga & Borang JPJL8 Memperbaharui Lesen
Cara Renew GDL 2023 di JPJ/ UTC,Borang JPJL8 & Dokumen di Perlukan – Proses, Harga & Tips
Renew GDL anda sebelum melebihi tamat tempoh 3 tahun. Mengikut Seksyen 29, lesen memandu GDL yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh 3 tahun adalah terbatal secara automotik dan anda perlu untuk memohon lesen GDL semula.
Pembaharuan Lesen GDL, Lesen Vokasional (GDL, PSV dan Konduktor) hanya boleh dilakukan oleh anda sendiri/ wakil dengan hadir ke cawangan JPJ atau UTC berhampiran secara bersemuka dengan mengisi borang pembaharuan
Pembaharuan lesen vokasional merupakan proses penting bagi pemandu kenderaan komersial. Dalam usaha untuk memastikan kebolehgunaan dan kesahihan lesen, pembaharuan GDL perlu dilakukan secara berkala mengikut tarikh tamat tempoh.
Proses pembaharuan GDL .
Terdapat juga beberapa dokumen sokongan yang perlu disediakan semasa permohonan pembaharuan. Memahami prosedur dan syarat-syarat kelayakan untuk renew GDL adalah penting bagi setiap pemandu dan pemilik kenderaan komersial untuk memastikan kelayakan dalam mengemudi dan mengelakkan masalah undang-undang.
Untuk memudahkan urusan anda untuk memperbaharui lesen GDL, disini kami kongsikan panduan lengkap agar anda boleh memperbaharui lesen GDL anda tanpa sebarang masalah.
Apa Itu Lesen GDL
Lesen GDL (Goods Driving License) adalah lesen kenderaan komersial yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberi kebenaran kepada pemegangnya untuk mengendalikan kenderaan berat seperti trak, lori, dan bas secara sah di jalan raya.
Pembaharuan GDL adalah proses memperbaharui lesen ini mengikut jadual tertentu setelah tamat tempoh. Pentingnya pembaharuan GDL adalah untuk memastikan kebolehgunaan dan kesahihan lesen bagi menjaga keselamatan dan kecekapan ketika memandu
Baca juga : MyPSV Bantuan Lesen E-Hailing PSV Percuma 2023
Syarat Renew Lesen GDL
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja;
- Tidak disenarai hitamkan
- Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun;
- Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun
*Bagi lesen memandu kompeten (CDL), anda boleh baca insiatif kerajaan 2023 untuk pembaharuan lesen memandu Malaysia (LLM) sah sehingga 31 Disember 2023 sahaja
Cara Renew GDL – Online & Manual
Bagaimana cara untuk memperbaharui Lesen GDL?
Untuk membuat pembaharuan lesen memandu vokasional (GDL, PSV dan Konduktor) hanya boleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.
Pembaharuan tidak boleh dibuat secara online, mahupun urusan di pejabat pos bagi lesen memandu vokasional.
Harga & Borang Pembaharuan Lesen GDL 2023
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
- Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan (Borang JPJL8);
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
- Bayaran RM20.00/tahun
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);
Proses Renew GDL di JPJ /UTC
Untuk melancarkan proses pembaharuan lesen GDL, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut sebelum hadir ke cawangan JPJ / UTC berhampiran anda ;
- Muat turun borang pembaharuan Lesen GDL (Borang JPJL8) dari laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pergi ke cawangan JPJ berdekatan.
- Isi borang pembaharuan dengan teliti, pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini.
- Sediakan salinan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, gambar ukuran pasport terkini berlatar belakangkan warna putih.
- Kunjungi cawangan JPJ /UCT atau Kaunter 1JPJ yang berdekatan dan bawa borang pembaharuan serta dokumen sokongan yang lengkap.
- Lakukan pembayaran yuran pembaharuan di kaunter berdekatan mengikut kadar yang ditetapkan. (Pembayaran tanpa tunai sahaja yang diterima)
- Tunggu kelulusan permohonan pembaharuan dari pihak berkuasa.
- Terima Lesen GDL yang baharu dari cawangan JPJ setelah permohonan diluluskan.
INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:
- Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.
- Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun.
Harga Renew Lesen GDL 2023
Harga pembaharuan Lesen GDL sahaja ialah RM20.00/ setahun. Manakala kos untuk pemeriksaan bagi Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan perlu merujuk kepada pihak hospital atau klinik swasta untuk kos terkini
Soalan berkaitan pemeriksaan kesihatan anda boleh baca dan download disini
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai cara renww lesen GDL,harga terkini pembaharuan lesen dan juga borang-borang berkaitan anda boleh melayari website rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/
Soalan Lazim F.A.Q
Berikut adalah senarai soalan lazim tentang pembaharuan lesen vokasional (GDL)
Lesen GDL (Goods Driving License) adalah lesen kenderaan komersial yang di keluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberi kebenaran kepada pemegangnya untuk mengendalikan kenderaan berat seperti trak, lori, dan bas secara sah di jalan raya.
Pembaharuan GDL adalah proses memperbaharui lesen ini mengikut jadual tertentu setelah tamat tempoh. Pentingnya pembaharuan GDL adalah untuk memastikan kebolehgunaan dan kesahihan lesen bagi menjaga keselamatan dan kecekapan ketika memandu
Untuk membuat pembaharuan lesen memandu vokasional (GDL) hanya boleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.
RM20.00/setahun tidak termasuk kos pemeriksaan kesihatan dan pengesahan kesihatan pegawai perubatan
Anda akan menerima kelulusan serta-merta sekiranya permohonan anda lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan
MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
Pengenalan diri asal wakil;
Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan;
Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8);
1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
Bayaran RM20.00/tahun;
Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura);
Tidak
Boleh sekiranya Lesen Vokasional tamat tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Ya, boleh
Sila rujuk Pegawai JPJ yang bertugas ketika anda membuat pembaharuan lesen untuk maklumat lanjut.