Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022

Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Bagi Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1 bagi Rancangan Pendidikan Khas Yayasan Selangor 2022 kini dibuka.

Program ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan dan Yayasan Selangor bagi mengambil dan menempatkan pelajar-pelajar tingkatan 1 ke sekolah-sekolah terkemuka sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Syarat-Syarat Kelayakan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor

Ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak lepasan Tahun 6 ke Tingkatan 1 dalam Rancangan Khas Pendidikan KPM tahun 2022 boleh semak syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pelajar mendapat sekurang-kurangnya BAND 3  dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah tahun 6 di sekolah rendah.
  • Bersekolah rendah di Negeri Selangor (keutamaan buat pelajar luar bandar) dan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon atau ibu bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin perlulah kemukakan Borang Pengesahan Pemastautin sebagai bukti).
  • Pemohon dari keluarga yang berpendapatan perkapita (pendapatan ibu bapa dibahagikan dengan jumlah tanggungan) kurang daripada RM 2,000.00 sebulan.
  • Pemohon serta ibu bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dan perlulah disahkan oleh doktor. Pemohon juga tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan sebagainya.
rancangan pendidikan khas

Asrama & Sekolah Pilihan

Berikut merupakan antara asrama dan sekolah pilihan bagi pelajar yang layak sertai Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022

  1.  Asrama Pusat Yayasan Selangor
  2. Asrama Daerah Yayasan Selangor
  3. Tanpa Asrama/Berulang Dari Rumah

Asrama Pusat Yayasan Selangor

Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.

Pelajar-pelajar bakal bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Terdapat 2 buah Asrama yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu :

  1. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  2. Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)

Persekolahan Pelajar Asrama Pusat

Pelajar yang lulus permohonan akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :

AYSSB

  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Lelaki)

AYSK

  • SMK Tinggi Klang, Klang (Lelaki)
  • SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Lelaki/Perempuan)
  • SMK (P) Methodist, Klang (Perempuan)
  • SMK Convent, Klang (Perempuan)
  • SMK Methodist ACS, Klang (Lelaki)
  • SMK (P) Bukit Kuda, Klang (Perempuan)

Asrama Daerah Yayasan Selangor

Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian yang diberikan kuota untuk menempatkan pelajar Yayasan Selangor di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Asrama Daerah Yayasan Selangor bertempat di negeri Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Asrama Daerah yang terletak di Selangor adalah di bawah penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang bertempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).

Para pelajar tertakluk kepada peraturan yang digariskan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.

Asrama Daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah terdiri daripada :

Daerah Sabak Bernam

  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Perempuan)
  • SMK Sungai Besar (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Bagan Terap (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan (Perempuan)

Daerah Kuala Selangor

  • SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Pengkalan Permatang (Lelaki/Perempuan)

Daerah Hulu Selangor

  • SMK Kuala Kubu Bharu (Lelaki/Perempuan)

Daerah Petaling

  • SMK Damansara Utama (DLP Program) (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Shah Alam (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Tinggi Kajang (Lelaki)

Daerah Hulu Langat

  • SMK Telok Panglima Garang (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Banting (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Bukit Changgang (Lelaki/Perempuan)

Daerah Sepang

  • SMK Seri Sepang (Lelaki/Perempuan)
  • Wilayah Persekutuan
  • SMK Victoria (Lelaki)

Tanpa Asrama/Berulang Dari Rumah

Para pelajar akan ditempat di salah sebuah sekolah berikut :

Selangor

  • SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya (DLP Program) (Perempuan)
  • SMK (P) Assunta, Petaling Jaya (Perempuan)
  • SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya (Lelaki)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • SMK Aminuddin Baki (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Seri Bintang Utara (Lelaki/Perempuan)

Cara Memohon Rancangan Pendidikan Khas Yayasan Selangor

Secara Online

  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan atas talian dan muat naik dokumen yang diperlukan selengkapnya.
  • Borang serta dokumen yang lengkap serta disahkan perlu diserahkan secara online selewat-lewatnya pada 11 Februari 2022.

ATAU

Secara Manual

  • Pemohon perlu muat turun borang di laman sesawang Yayasan Selangor.
  • Borang serta dokumen yang lengkap dan disahkan perlu dihantar melalui serahan tangan atau pos sebelum tarikh tutup permohonan.

Muat Turun Borang Permohonan

Borang Permohonan Tingkatan 1 2022 (Atas Talian)

Borang Pengesahan Pemastautin

Borang Pengesahan Pendapatan

Dokumen Yang Diperlukan

  • Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) – 1 salinan
  • Keputusan UPKK (sekiranya ada) – 1 salinan
  • Sijil PAJSK – 1 salinan
  • Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga – 1 salinan
  • Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa – 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa yang tidak lahir di Selangor , sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)
  • Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga – 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).

Nota : Semua dokumen di atas perlu disahkan

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Yayasan Selangor

Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,

No. 18A, Persiaran Barat,

46000 Petaling Jaya,

SELANGOR DARUL EHSAN

Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141

Faks : 03-7954 1790 / 1862

Email : [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!