Semakan Penempatan Tahun 1 2023/2024 & Rayuan

Terkini semakan penempatan tahun 1 2023/2024 boleh di buat mulai hari ini 1 Ogos 2022.

Untuk makluman, ibu bapa penjaga yang telah membuat pendaftaran murid tahun 1 pada 1 Mac 2022 sehingga 30 April 2022, boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1-30 Ogos 2022 di pautan https://public.moe.gov.my.

Cara Semakan Penempatan Tahun 1 2023/2024 & Pengesahan

Semakan hanya boleh dibuat secara online. Hanya ibu bapa/penjaga yang telah mendaftar dan mempunyai akaun sendiri serta boleh log masuk boleh membuat semakan. Sekiranya anda terlupa, boleh semak panduan ini

Untuk membuat semakan, langkah-langkahnya adalah seperti berikut;

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Klik butang Log masuk
  3. Seterunsya tekan klik pada Semakan Status Permohonan Tahun 1
  4. Pilih Semakan Penempatan
  5. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  6. Pengguna boleh mencetak surat penempatan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Proses Pengesahan Penempatan Tahun 1 2023

Proses pengesahan boleh dibuat berdasarkan panduan berikut:

TINDAKAN IBU BAPA /PENJAGA

PERAKUAN PENEMPATAN

  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online.
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar SECARA FIZIKAL ke sekolah. Namun Salinan tersebut perlu DICETAK dan DISIMPAN dengan SELAMAT oleh ibu/bapa/penjaga untuk kegunaan semasa PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan.
  3. Ibu/bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu MENGHUBUNGI SEKOLAH YANG DITEMPATKAN untuk bantuan proses pengesahan tersebut

PERMOHONAN RAYUAN

  1. Permohonan RAYUAN PENEMPATAN hanya dibuat secara ONLINE dalam sistem dan TIADA proses RAYUAN MANUAL.
  2. Sekiranya ingin membuat RAYUAN, perakuan online perlu dibuat kerana Butang RAYUAN hanya akan aktif selepas proses PERAKUAN ibu/bapa/penjaga dilaksanakan.
  3. Keputusan RAYUAN adalah MUKTAMAD dan perlu DISEMAK sendiri ibu/bapa/penjaga dalam sistem yang sama.
  4. Keputusan RAYUAN perlu dicetak dan DISIMPAN oleh ibu/bapa/penjaga dengan SELAMAT untuk kegunaan PENDAFTARAN ke sekolah bila diperlukan
  5. Tarikh rayuan boleh dibuat mulai 1 Ogos – 31 Ogos 2022

TINDAKAN SEKOLAH

  1. MUAT TURUN, CETAK dan SIMPAN SEMUA SURAT PENEMPATAN termasuk KEPUTUSAN RAYUAN dari SISTEM (softcopy & hardcopy).
  2. Semak STATUS PERAKUAN ibu/bapa/penjaga. Hubungi ibu/bapa/penjaga yang tidak membuat PERAKUAN online. Sekiranya ibu/bapa/penjaga menghadapi masalah, mohon pihak sekolah membantu bagi menyelesaikan proses tersebut.
  3. Rekod catatan bagi setiap tindakan yang telah diambil.

Terlupa Kata Laluan

Untuk ibu bapa/penjaga yang mengalami kesulitan untuk log masuk akaun disebabkan terlupa kata laluan, boleh ikut langkah-langkah berikut ;

Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.

Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

Sekiranya e-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATALALUAN, sila e-mel kepada pihak admin. *(Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi katalaluan)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Semakan Penempatan Tahun 1 2023/2024 Pengesahan & Rayuan, atau mengenai akaun pengguna(ID Pengguna dan Kata Laluan), anda boleh menghubungi no telefon dan emel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan Tuan/Puan melalui pautan INI. https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!