Zakat Selangor : Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022

Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) 2022 Lembaga Zakat Selangor ~ Sukacita dimaklumkan tawaran untuk Bantuan Peralatan Sekolah Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini dibuka bagi sesi persekolahan 2022.

Baucar ini ditawarkan bagi membantu para asnaf, fakir miskin serta muallaf yang sedang membuat persiapan sekolah anak-anak.

Untuk makluman, terdapat 2 vendor yang mengurusan Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah LZS mengikut kawasan yang berbeza.

2 vendor tersebut adalah TERAS Sdn Bhd dan DIV Sdn Bhd.

Bantuan Keperluan Peralatan Sekolah

Tarikh Tebusan Bantuan Peralatan Sekolah LZS 2022

Tarikh tebusan bantuan ini adalah dari 13 Disember sehingga 28 Februari 2022.

Semak Status Bantuan Zakat

Sebelum anda menebus bantuan yang ditawarkan, anda dinasihatkan untuk buat semakan terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada anda layak menerima Bantuan Peralatan Sekolah (KPS) 2022.

Anda boleh buat semakan melalui pautan Elektronik Zakat Online (EZO) di bawah :

https://ezo.zakatselangor.com.my/

Bagi pemohon baharu, anda bolehlah mendaftar pada pautan yang sama.

Cara Menebus Bantuan di Vendor Terpilih

Pergi ke kedai atau pasaraya terpilih dan ikuti langkah-langkah di bawah :

Langkah 1

  • Setiap penerima bantuan diwajibkan untuk membeli 1 (satu) pasang pakaian seragam sekolah.
  • Setelah selesai memilih pakaian seragam sekolah, anda bebas memilih barang keperluan peralatan sekolah lain yang diluluskan mengikut keperluan masing-masing.

Contoh :  Sekiranya anda mempunyai 3 orang anak yang layak mendapat bantuan, anda harus memilih 3 pasang pakaian seragam sekolah terlebih dahulu sebelum membuat pembelian barangan yang lain.

Langkah 2

  • Masukkan MyKad (Ketua Isi Rumah atau wakil yang disahkan) di terminal yang terletak di kaunter bayaran.

Langkah 3

  • Juruwang akan mengimbas barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.

Langkah 4

  • Juruwang akan masukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.

Langkah 5

  • Bagi pemegang MyKad, masukkan 6-Digit PIN di terminal ( 6 digit pertama yang tertera di MyKad). (Nota Penting : 6-Digit PIN Ketua Keluarga yang berdaftar dengan LZS).
  • Bagi pemegang pasport, masukkan 6-Digit PIN di terminal (6 digit pertama dari 12 digit nombor akaun yang disediakan). Contoh : No. Akaun- 201116295480, nombor pin yang perlu dimasukkan ke terminal adalah 201116.

Sila rujuk infografik di bawah untuk keterangan lanjut.

Bantuan Peralatan Sekolah

Cara Menebus Bantuan Secara Atas Talian

Untuk pembelian atas talian melalui vendor TERAS Sdn Bhd, anda boleh ikuti langkah seperti berikut :

  1. Layari pautan //terasds.com/order/#/teras untuk mulakan pembelian.
  2. Daftar masuk menggunakan ID Ketua Ketua Keluarga (MyKad/Pasport)
  3. Sahkan maklumat diri dan tanggungan serta jumlah bantuan yang diluluskan
  4. Pilih jenis atau saiz serta kuantiti pakaian seragam sekolah.
  5. Pihak TERAS akan membuat pembungkusan dan penghantaran melalui J&T. Tempoh penghantaran maksimum adalah selama 14 hari.
  6. Setelah menerima barang yang dipesan, sahkan penerimaan barang secara online.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, anda boleh ke pautan ini untuk membaca Soalan Lazim.

Anda juga boleh rujuk dan muat turut Panduan Lengkap Pembelian Keperluan Peralatan Sekolah (KPS) mengikut vendor.

DIV Sdn Bhd (Penebusan di kedai atau pasaraya)

TERAS Sdn Bhd (Pembelian Atas Talian)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!