Penentuan Mula Puasa 2024 & Tarikh 1 Ramadhan 1445H -JAKIM

Bulan puasa 2024 berapa hari lagi sahaja. Bagi Malaysia tarikh mula puasa 2024 M/1445H jatuh pada tanggal 12 Mac 2024, hari Selasa bersamaan 1 Ramadhan 1445H .

Tarikh puasa 2024 ini berdasarkan kalendar Hijrah yang dikeluarkan oleh sumber daripada Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Walau bagaimanapun, tarikh rasmi bermulanya 1 Ramadan di Malaysia akan diumumkan kemudian oleh pihak Penyimpan Mohor Besar Raja Raja.

Ianya dibuat setelah semua tempat rukyah selesai melaksanakan kerja-kerja merukyah hilal.

Masa tersebut yang pada kebiasanya akan disempurnakan sebelum jam 08:00pm. Ini adalah bagi tujuan pemakluman dapat dilakukan pada waktu perdana di seluruh negara

Puasa 2024 & Cara Penentuan Tarikh 1 Ramadan Malaysia

Pada tahun sebelum 1972, penetapan bagi urusan menentukan tarikh Puasa, Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) merupakan di bawah bidang kuasa negeri masing-masing.

Kaedah cerapan (melihat) anak bulan, pertama kali mula dilaksanakan bagi seluruh Malaysia pada 29 Syaaban 1392 bersamaan 7 Oktober 1972 di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pada masa ini, kaedah penentuan puasa dan hari raya di seluruh dunia Islam berdasarkan tiga amalan yang berbeza; rukyah, hisab serta gabungan rukyah dan hisab.

Rukyah

Ialah kaedah menentukan permulaan puasa dan hari raya dengan melihat anak bulan samada dengan mata kasar atau dengan bantuan alat seperti teleskop serta total station.

Keputusan ditentukan dengan anak bulan dapat dilihat ketika rukyah atau sebaliknya.

Hisab

Cara menentukan permulaan puasa & hari raya dengan kaedah kiraan matematik dan astronomi, yang mana pengiraan dilakukan bagi menentukan sudah lahirnya anak bulan.

Anak bulan (hilal) diistilahkan kelihatan atau sebaliknya berdasarkan beberapa kriteria tertentu.

Gabunggan Kaedah Rukyah & Hisab

Menggabungkan kaedah rukyah serta hisab dalam menentukan permulaan puasa dan hari raya adalah kaedah yang dipraktikkan oleh Malaysia bagi menentukan permulaan tarikh penting tersebut.

Permulaan puasa dan hari raya ditentukan dengan terlihatnya hilal selepas berlaku ijtimak iaitu apabila bumi, bulan dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama. Menurut astronomi moden serta ilmu falak, perkiraan bulan baru bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk barat ketika matahari terbenam.

Tarikh Serta Lokasi Tempat Melihat Anak Bulan Ramadhan 2024

Pada tahun 2023, sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal

   
Negeri   
   
Lokasi Cerapan   
   
Johor   
   
Pontian Kecil   
   
Melaka   
   
Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara   
   
Negeri Sembilan   
   
Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang   
   
Selangor   
   
Bukit Melawati   
   
Selangor   
   
Bukit Jugra   
   
Selangor   
   
Balai Cerap Selangor Sabak Bernam   
   
Perak   
   
Pantai Pasir Panjang Manjong   
   
Pulau Pinang   
   
Pusat Falak Sheikh Tahir   
   
Pulau Pinang   
   
Pantai Aceh   

Lokasi Lain

Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi serta Menara Alor Setar Kedah;

Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga Kemaman, Pulau Perhentian Besut serta Balai Cerap KUSZA Terengganu.

Bagi tahun 2024, lokasi untuk melihat anak bulan akan di maklumkan kemudian. Pencerapan untuk menentukan tarikh bermulanya 1 Ramadhan akan disempurnakan sebelum jam 8.00 malam bagi membolehkan ia dihebahkan pada waktu perdana.

Baca juga : Buku 40 Hadis Tentang Puasa Dan Ramadan Oleh Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Bin Azmi

Pengisytiharan Pengumuman Tarikh Puasa 2024 Malaysia

Pengumuman tarikh mula puasa ramadan 2024 bersamaan 1445 Hijrah di Malaysia akan diistyiharkan oleh  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad. Pengumuman ini akan dibuat secara langsung melalui saluran radio dan telesisyen di seluruh Malaysia

Untuk makluman pengistiharan tarikh Mula Puasa Ramadhan 2024 bagi negara Malaysia akan dikemaskini kemudian sekiranya terdapat sebarang perubahan masa seperti mana yang dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sumber rujukan tarikh hijri 1 Ramadan 1445 bagi Malaysia

tarikh puasa 2024 malaysia
Jadual tarikh-tarikh penting dalam Islam di Malaysia bagi tahun 2024/1445H. -JAKIM

Sudahkah anda selesaikan puasa ganti bagi ramadan yang lalu?

Baca juga : Niat Ganti Puasa Ramadhan & Puasa Sunat Serentak

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!