Qunut Nazilah : Bacaan Bahasa Arab & Rumi Serta Panduan

Berita mengenai penderitaan rakyat Palestin yang sedang diserang oleh Israel kian mendapat liputan luas. Tiada daya untuk kita membantu mereka kecuali hanya dengan mengirimkan doa buat mereka setiap hari.

Maka, ayuhlah kita bersama-sama amalkan doa qunut nazilah dalam setiap rakaat terakhir solat fardhu untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Pengenalan Ringkas

Qunut Nazilah merupakan satu perbuatan yang tsabit menurut hukum syarak. Ia dilakukan khusus sebagai tanda meminta perlindungan dari Allah SWT apabila berlakunya peristiwa tertentu terutamanya ketika musibah atau bala bencana sedang menimpa umat Islam lain.

Cara Membaca Qunut Nazilah

Berikut dikongsikan panduan bagi mengamalkan doa ini :

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa perlu dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.

Terdapat 3 cara membaca doa tersebut, jadi kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

  • Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  • Membaca doa Qunut Nazilah sahaja
  • Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah

Sekiranya solat berjamaah, imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat supaya mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Qunut Nazilah
Sumber: FB Ustazah Nurul Anis Abu Bakar

Bacaan Doa Qunut Nazilah (Bahasa Arab & Rumi)

اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا
Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina
و نعوذ بك من شرورهم
Wana’u dzubika min syururihim
اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم
Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum
وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم
Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum
وسلط عليهم کلبامنکلابك
Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik
يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله
Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah
اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب
Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab
يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim

Qunut Nazilah

Bacaan Qunut Nazilah versi rumi :

Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚

Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim,

Allahumma Baddid Syam-Lahum

Wa Farriq Jam-‘Ahum‚

Wa Syattit Kalimata-Hum,

Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum,

Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚

Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu

Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚

Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚

Ya Mujriyas-Sahab‚

Ya Hazimal Ahzab

Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim

Maksud Bacaan Qunut Nazilah

Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami,

dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,

Ya Allah pecahkan pakatan mereka,

Ya Allah leburkan pendirian mereka,

Ya Allah musnahkan langkah mereka,

Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,

Ya Allah yang maha memaksa,

Ya Allah yang maha perkasa,

Ya Allah yang maha membalas,

Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,

Yang turunkan kitab,

yang gerakkan awan,

yang tewaskan tentera Ahzab,

Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.

Allahumma ameen

Ayuh kita bersama-sama mendoakan saudara-saudara kita di Palestin agar mereka diberikan kemenangan untuk mempertahankan bumi Al-Aqsa. Tunjukkan sokongan anda dengan merchandise Bebaskan Palestin.

Semoga kebebasan, keamanan dan tanah air mereka dikembalikan dan penderitaan mereka berakhir dengan kebahagiaan dan keamanan.

Baca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap  

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!