Bulan Islam 2023 / 1444H & Kelebihan Bulan Hijriah
Bulan islam mempunyai kelebihan tersendiri. Ianya juga dipanggil sebagai bulan hijriah kalendar islam yang teridiri daripada 12 bulan yang mana ianya bermula dengan bulan Muharram sehinggalah bulan yang terakhir dalam satu pusingan bulan islam iaitu bulan Zulhijjah.
Bulan-bulan ini telah diguna pakai sebagai kalendar islam sebelum kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan masih digunakan sehingga sekarang dalam menentukan hari besar dan bulan-bulan penting dalam islam
إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
[al-Taubah:36]
Bulan Islam 2023
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
27 REJAB 1444 | 18 Februari 2023 | Israk dan Mikraj |
*01 RAMADHAN 1444 | 23 Mac 2023 | * Awal Ramadan/Berpuasa |
17 RAMADHAN 1444 | 8 April 2023 | Nuzul Al-Quran |
*01 SYAWAL 1444 | 22 April 2023 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
01 ZULHIJJAH 1444 | 20 Jun 2023 | Awal Zulhijjah |
*10 ZULHIJJAH 1444 | 29 Jun 2023 | * Hari Raya Korban / Aidiladha |
01 MUHARRAM 1445 | 19 Julai 2023 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 RABI’ULAWAL 1445 | 28 September 2023 | Maulidur Rasul |
Tarikh bulan islam ini adalah angaran sahaja. Ini kerana penentuan tarikh permulaan dalam bulan islam di tentukan dengan kaedah mencerap hilal
Takwim Hijriah 2023 M / 1444H Malaysia
Penyediaan takwim hijriah di Malaysia adalah dibawah selian unit falak Jakim dengan menggunakan rujukan Almanak Falak Syarie Malaysia.
Hitungan dibuat secara manual untuk menentukan kedudukan hilal dan matahari bagi stesen rujukan iaitu stesen paling timur Malaysia di Kampung Ateamu, Sabah dan paling barat Malaysia di Tanjung Chinchin, Langkawi, Kedah. Apabila semua hitungan selesai, hasilnya disemak dan kriteria Imkanur-Rukyah diguna pakai.
Sekiranya hitungan pada hari ke-29 setiap bulan hijriah memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka keesokan harinya adalah awal bulan baru. Sebaliknya jika ia tidak memenuhi syarat Imkanur-Rukyah, maka bulan itu akan menjadi 30 hari.
Takwim disediakan apabila selesai semakan dilakukan bagi tahun yang diperlukan.
Hasil hitungan ini kemudiannya dibawa ke Mesyuarat Panel Pakar Falak Jakim untuk semakan dan disahkan sebelum diedarkan kepada Jabatan/Pejabat Mufti Negeri dan agensi kerajaan berkaitan untuk hebahan kepada umum.
Kelebihan Bulan Islam
Bulan-bulan dalam islam mempunyai maksud dan kelebihan yang tersendiri
Muharram
Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Kelebihannya adalah Nabi Muhammad SAW menghormatinya dengan berpuasa pada hari ke-10 (Ashura). Bulan Muharram juga memiliki makna penting dalam sejarah Islam, termasuk peristiwa perang Badar dan hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.
Nama bulan ini diambil dari perkataan “Haram” yang membawa maksud terlarang
Safar
Safar adalah bulan kedua dalam kalender Islam. Nama Safar ini diambil dari kata “shifr” yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Bulan ini dinamakan Safar oleh kerana masyarakat Arab sering meninggalkan rumah kediaman mereka untuk pergi berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas.
Meskipun bulan ini seringkali dianggap sebagai bulan yang penuh dengan kesialan dan kepercayaan takhayul, sebenarnya tidak ada kelebihan khusus yang terkait dengan bulan Safar dalam Islam. Dalam Islam, tidak ada dasar untuk menganggap bulan ini sebagai bulan yang buruk atau sial.
Rabiul Awal
Rabiul Awal adalah bulan ketiga dalam kalender Islam. Kelebihan bulan ini adalah perayaan Maulid Nabi Muhammad SAW, yang merupakan peringatan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Banyak umat Muslim merayakan Maulid Nabi dengan kegiatan keagamaan dan berbagi kisah serta ajaran Nabi Muhammad SAW.
Rabiul Akhir
Rabiul Akhir adalah bulan keempat dalam kalender Islam. Tidak ada kelebihan khusus yang terkait dengan bulan ini dalam Islam.
Jamadil Awal
Jamadil Awal adalah bulan kelima dalam kalender Islam. Bulan ini disebut sebagai Jamadil Awal adalah kerana bulan ini merupakan bulan pertama musim panas.
Perkataan “Jamada” adalah membawa maksud permulaannya musim sejuk yang mana dari segi bahasa bulan ini bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan demikian kerana terjadinya musim pada bulan tersebut orang arab pada zaman itu mengalami kekeringan air atau air menjadi beku dan pada ketika itu juga parit, sungai dan lembah menjadi kering.
Tidak ada kelebihan khusus yang terkait dengan bulan ini dalam Islam.
Jamadil Akhir
Jumadil Akhir adalah bulan keenam dalam kalender Islam. Pergolakkan peperangan Zi Qarad merupakan salah satu daripada peristiwa penting yang terjadi pada bulan Jamadilakhir tersebut.
Pada bulan ini juga, telah terbukti kehebatan tentera islam dalam peperangan Yamuk pada zaman Rasulullah SAW pada tahun ke-13 Hijriah telah mencatatkan kehebatan mereka dalam peperangan tersebuat antara tentera Rom dan Islam.
Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang telah kalah dan tumpah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu.
Peperangan tersebut dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah yang merupakan ketua panglima tentera islam. Kemenangan pada peperangan itu telah berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan bahawa peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.
Walaupun begitu pada bulan ini juga tidak ada amalan khusus pada bulan ini
Rejab
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalender Islam. Rajab dianggap sebagai salah satu bulan yang suci.
Antara perisitiwa besar yang berlaku dalam bulan ini adalah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perjalanan Isra’ dan Mi’raj (perjalanan malam Nabi Muhammad dari Mekah ke Yerusalem dan perjalanan ke langit) pada bulan Rajab.
Sya’ban
Sya’ban adalah bulan ke lapan dalam kalender Islam. Maksud bulan sya’ban adalah perpisahan atau pembahagian.
Dalam bulan ini telah terjadi beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peralihan Kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka’bah di Masjidil Haram. Semenjak daripada peristiwa peralihan kiblat itu, solat mulai ditunaikan dengan menghadap Ka’bah sebagai Kiblat utama umat islam
Kelebihan bulan ini adalah peringatan Nisfu Sya’ban, yang merupakan malam pertengahan bulan Sya’ban. Malam ini dianggap sebagai malam penuh berkah dan umat Muslim melakukan ibadah dan dzikir khusus.
Ramadhan
Ramadhan adalah bulan ke sembilan dalam kalendar Islam. Ramadan diambil daripada perkataan ” ramada” yang membawa maksud batu panas.
Bulan puasa juga, merupakan bulan yang penuh berkah di mana umat Muslim berpuasa dari terbit fajar hingga matahari terbenam. Bulan Ramadhan dianggap sebagai salah satu bulan yang paling suci dalam Islam. Kelebihan utama bulan ini adalah bulan untuk meningkatkan ketakwaan, dan amalan ibadah kerana pada bulan ramadan juga ganjaran pahala akan dilipat kali gandakan
Syawal
Syawal adalah bulan kesepuluh dalam kalender Islam. Syawal berasal daripada bahasa Arab iaitu dari perkataan “syalat “ yang membawa maksud mengangkat ia juga berasal dari kata kerja ‘ Tasyawwala‘ yang membawa maksud sedikit atau berkurangan.
Kelebihan bulan ini adalah umat islam akan menyambut perayaan Idul Fitri atau Hari Raya, yang merupakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Ini adalah waktu untuk berbagi kegembiraan, saling memaafkan, dan memberikan sedekah.
Zulkaedah
Nama bagi bulan Zulhaedah diambil daripada perkataan ‘ Qa’ada’ yang membawa maksud tempat duduk. Bulan ini juga termasuk salah satu daripada bulan-bulan yang haram untuk berperang
Antara perisitiwa penting yang berlaku pada bulan ini iaitu pada tahun ke-7 Hijriah, Rasulullah SAW telah memimpin umat Islam menuju ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah yang pertama.
Dzulhijjah
Dzulhijjah adalah bulan ke dua belas dalam kalender Islam. Kelebihan bulan ini, ibadah haji dilaksanakan pada bulan ini. Seluruh umat islam akan menyambut hari raya haji, adalah perayaan Hari Raya Idul Adha dan ibadah haji. Umat Muslim di seluruh dunia melakukan ibadah haji di Mekah dan menyembelih haiwan sebagai melaksanakan ibadah qurban.
Pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah di sunatkan umat islam untuk ;
- Anjuran untuk tidak memotong rambut, bulu dan kuku ini sepertimana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e.
- Melaksanakan puasa hari arafah. Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardhu bagi umat Islam yang menunaikan ibadah haji
Baca juga : Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah & Amalan Sunnah Yang Dianjurkan
Bulan Haram Dalam Islam
Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab. Hal ini disebut di dalam sebuah hadith yang sahih, yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda
Bakrah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ
Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.
[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]
Bulan ini dinamakan bulan yang Haram kerana pada bulan ini diharamkan berperang dan juga ia adalah bulan yang suci, di mana Allah SWT mengharamkan sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain
Walaupun begitu sebagai umat islam, kita disarankan untuk melaksanakan ibadah secara istiqomah dan tidak hanya melaksanakan ibadah sunat pada bulan-bulan islam yang tertentu sahaja.