Niat Ganti Puasa Ramadhan & Puasa Sunat Serentak
Bagaimana lafaz niat ganti puasa ramadhan? Bolehkah niat puasa ganti dan sunat serentak dilakukan? apakah doa puasa ganti?
Bagi mereka yang berhajat untuk melaksanakanya, disini kami kongsikan untuk anda lengkap beserta hukum dan ketetapanya menurut syarak
Waktu Ganti Puasa Ramadhan
Puasa ganti adalah sebaiknya di lakukan segera. Ianya boleh dibuat pada bila-bila masa selepas bulan Ramadhan sehinggan ke bulan Ramadan seterusnya kecuali pada hari yang dilarang berpuasa seperti pada Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha.
Walau bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menyegerakannya kerana ia merupakan salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan
Hukum Ganti Puasa Ramadhan (Qada’)
Bagi mereka yang telah terlepas untuk melakukan ibadah puasa di bulan ramadhan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja, disebabkan keuzuran mahupun tidak uzur, hukum menggantikan puasa Ramadhan adalah wajib.
Kewajipan menggantikan puasa juga telah diriwayatkan oleh Ibn Abbas :
Maksudnya: “Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w dan bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w! Ibuku telah meninggal dunia dan dia masih mempunyai hutang puasa bulan Ramadan. Bolehkah aku menunaikannya? Baginda menjawab: Ya, hutang Allah lebih berhak ditunaikan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Lafaz Niat Puasa Ganti Ramdhan (Qada’ Puasa)
Tuntutan berniat ialah dengan berniat di dalam hati. Adapun hukum melafazkan niat dengan lisan adalah sunat supaya dapat membantu untuk menetapkan niat di dalam hati.
Berikut lafaz niat puasa ganti Bahasa arab dan juga lafaz niat puasa ganti rumi
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءٍ فَرْضَ رَمَضَانً ِللهِ تَعَالَى
Bahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhana lillahi taala
Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana menggantikan daripada fardhu Ramadhan kerana Allah Taala”
Waktu Niat Ganti Puasa Ramadhan
Antara syarat niat bagi puasa Ramadan dan puasa wajib yang lain (puasa qada dan nazar) ialah berniat di malam hari. Oleh itu, puasa hendak diniatkan sebelum terbit fajar keesokan harinya bagi puasa wajib.
Hukum Mengerjakan Ganti Puasa dan Puasa 6 Serentak
Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak
Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa 6 Syawal
Bahasa Rumi : NawaiTu Sauma Ghodin ‘an Qodho’ie RomaDhoNa Ma’a SitTati SyawWaaLi Lillahi Taala
Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari qadha’ fardhu Ramadhan beserta sunat Syawal kerana Allah Taala”
Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang secara sengaja telah menyebabkan puasanya terbatal dalam bulan Ramadhan kerana melakukan jima’ . Maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal. Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.
Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.(Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Kategori orang yang meninggalkan puasa |
Denda yang dikenakan | ||
---|---|---|---|
Qada Puasa | Fidyah | Boleh pilih antara Qada Puasa / fidyah |
|
Orang yang dalam keuzuran (sakit dan musafir ) |
/ | ||
Seseorang cuai dan tidak mengqadanya sehingga tiba bulan Ramadan berikutnya |
/ | / | |
Seseorang yang sakit berterusan dan tiada harapan untuk sembuh |
/ | ||
Seseorang yang telah meninggal dunia sebelum mengqada puasanya sedangkan dia mampu melakukannya (sunat bagi walinya mengqada puasanya) |
/ | ||
Wanita hamil yang menyusukan anaknya dan bimbang keselamatan dirinya |
/ | ||
Wanita hamil yang masih menyusui anaknya dan bimbang akan kesihatan janin atau anak yang disusukannya |
/ | / | |
Wanita hamil yang bimbang akan kesihatan diri dan janinnya |
/ | / |
Kiraan Fidyah Semasa Mengikut MAIWP
Bagi pemukim Wilayah Persekutuan perlu menjelaskan fidyah kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kadar bayaran fidyah yang telah ditetapkan seperti berikut:
1 hari puasa yang ditinggalkan = 1 cupak beras(1/4 gantang Baghdad) bersamaan dengan 600 gram(RM 4.00) (Laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP, 2021)
FORMULA KIRAAN BAYARAN FIDYAH
Contoh: Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadan, maka kadar fidyahnya adalah:
3 hari X 3 tahun X RM 4.00 (1 cupak) = RM 36.00
Untuk memudahkan anda membuat pengiraan bayaran fidyah, anda juga boleh terus layari https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kalkulator1
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda melaksanakan ibadah puasa ganti dengan lebih lancar. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa