Hari Arafah : Tarikh Wukuf & Cuti Umum 2023

Tanpa disedari, Hari Raya Aidiladha bakal menjelma lagi. Selain sinonim dengan ibadah korban dan haji, Hari Raya Aidiladha juga sinonim dengan Hari Arafah. Ia merupakan hari yang cukup bermakna dan istimewa buat umat Islam di seluruh dunia.

Seperti yang umum ketahui, Hari Arafah juga merupakan cuti umum bagi dua negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu.

Disambut pada 9 Zulhijjah pada setiap tahun, Hari Arafah merupakan detik yang penting bagi para jemaah haji untuk melakukan ibadah wukuf.

Pada waktu tersebut, Kota Mekah sememangnya padat dengan kunjungan daripada bakal haji dari serata dunia.

Ibadah wukuf di padang Arafah merupakan simbolik kepada peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah termakan hasutan Iblis.

Disebabkan itu, mereka berdua telah memohon ampun kepada Allah selama bertahun-tahun. Setelah 40 tahun terpisah, mereka akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah.

Hari Arafah

Keistimewaan Hari Arafah

Hari Arafah terkenal sebagai waktu yang mustajab untuk umat Islam berdoa. Nabi Muhammad SAW juga banyak memanfaatkan hari tersebut untuk berdoa sebanyak-banyaknya.

Sabda Baginda:

خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Maksud : Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik zikir yang aku sebutkan dan juga para Nabi yang terdahulu sebelumku adalah (zikir):

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

Hari Arafah

Selain itu, ramai umat Islam yang tidak melepaskan peluang untuk berpuasa pada hari tersebut kerana fadilatnya dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas. Ia juga merupakan ibadah yang sunat bagi yang tidak mengerjakan Haji.

Tarikh Hari Arafah 2023 & Waktu Wukuf di Malaysia

Pada tahun 2023, Hari Arafah / Hari Wuquf jatuh pada 9 Zulhijjah 1444H iaitu 27 Jun 2023 (Selasa).

Tarikh jangkaan bagi permulaan 1 Zulhijjah 1444H di Malaysia bagi tahun 2023 adalah pada 20 Jun 2023 (Selasa).

Disebabkan setiap negara tertakluk kepada penampakan hilal dan rukyah di kawasan masing-masing, maka tarikh puasa sunat Arafah 144H di Malaysia juga akan turut diumumkan oleh Mufti menjelang tarikh tersebut.

Seperti Hari Raya Aidilfitri, tarikh permulaan bagi bulan Zulhijjah juga akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan bakal disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk pada laman web JAKIM di pautan https://www.islam.gov.my/ms/ atau portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!