Proton S70 : Harga Pelancaran, Spesifikasi, Interior & Tempahan

Rasmi Proton S70 akan dilancarkan. Pra tinjauan pelanggan bermula pada 11 November 2023. Tempahan Proton S70 bermula 1 November 2023 serendah RM500 boleh dibuat dengan mengunjungi outlets Proton 3S/4S.

Proton S70 “Intelligence that Evolves” merupakan tagline bagi model baharu keluaran Proton.

Teka-teki orang ramai mengenai bayangan S70 yang sebelum ini dikaitkan dengan sebuah model Geely Emgrand yang dipandu uji di China akhirnya terjawab.

Ianya berikutan satu majlis perasmian Proton S70 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Dato’ Hairil Yahri Yaacob yang dibuat di Tanjong Malim.

Pelancaran Proton S70

pelancaran proton s70

Tarikh rasmi pelancaran bagi model baharu Proton S70 akan dibuat pada 11 November 2023 ini.

Menurut Paultan, S70 akan hadir dalam 4 varian iaitu ;

  • 1.5T Executive,
  • 1.5T Premium,
  • 1.5T Flagship dan
  • 1.5T Flagship X

Ciri-Ciri Proton S70

proton s70

Secara umumnya, S70 merupakan model sedan dengan ciri-ciri utamanya seperti ;

  • Mempunyai reka bentuk luaran yang bergaya dan moden di inspirasikan daripada model kereta Geely Emgrand
  • Dalaman yang luas dan selesa
  • Enjin berkuasa dan jimat bahan api
  • Ciri keselamatan lanjutan
  • Harga yang kompetitif

Manakala rekaan bahagian gril hadapanya adalah vertical slats dengan rekaan Infinite Weave. Reka bentuk dan konsep yang sama seperti mana yang terdapat pada model Proton X70 dan Proton X90 yang dilancarkan pada tahun ini

Harga

Harga rasmi bagi Proton S70 bakal diketahui selepas pelancaran yang akan dibuat pada 11 November 2023

Spesifikasi

  • Enjin: 1.5L pengecas turbo
  • Transmisi: DCT 7-kelajuan
  • Kuasa: 150 PS
  • Tork: 220 Nm
  • Penggunaan bahan api: 14.2 km/L

Varian Excekutif 1.5 mengunakan rim aloy 16″ dan varian 1.5T Flagship menggunakan rim aloy 17″

Interior Proton S70

Secara gambaranya, bahagian interior Proton S70 ini anda boleh lihat melalui gambar-gambar rekaan dikongsikan oleh pakar manipulasi grafik Theophilus Chin yang memang terkenal dengan hasil rekaan manipulasi beliau kebanyakanya 70%-90% menepati rekaan sebenar

interior proton s70

Ruang kerusi belakang mempunyai jarak bukaan kaki yang luas sudah tentunya lebih selesa

Rekabentuk gear punat yang turut menyerupai pada model Proton X90
Kemudahan infotainment yang bermula dengan size paparan lapan inci bagi varian 1.5 Excecutive. Jarak bukaan kaki yang luas dan selesa.

“Arm rest” cukup selesa ketika pemanduan santai.

Gambaran interior reka bentuk Sunroof oleh Theo untuk model S70 varian 1.5T Flagship X

Dari segi keselamatan pula, untuk varian asas 1.5 Exceutive dilengkapi dengan ;

  • Enam beg udara
  • ABS
  • Bantuan brek
  • Kawalan kestabilan elektronik
  • Kawalan cengkaman dan
  • Bantuan pegangan bukit

Tempahan S70

tempahan proton s70

Bagi anda yang mungkin sudah lama mengintai dan menanti kemunculan model baharu S70, tempahan telah pun dibuka bermula 1 November 2023 dengan yuran RM500 sahaja.

Urusan tempahan, anda boleh berkunjung di outlet PROTON 3S/4S terpilih

Dapatkan Koleksi Proton Saga Hot Wheels

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai Proton S70, anda juga boleh melayari website https://www.proton.com/ atau laman facebook https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!