Proton X90 (2023) Malaysia – Harga, Varian, & Spesifikasi

Model baru Proton X90 2023 yang di lancarkan pada 8 April 2023 baru-baru ini di seluruh Malaysia bersempena sambutan ulang tahun Proton yang ke 40 tahun.

Pelancaran itu telah di sempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim di bangunan MITEC. Sempena pelancaran itu juga, tempahan bagi model SUV Proton X90 turut di buka bermula 8 April 2023 di pusat pengedar 3S dan 4S yang terpilih sahaja di seluruh negara .

Turut di umumkan harga rasmi bagi X90 bermula daripada RM 123,800 yang mana dilihat bakal menjadi pesaing bagi model kereta SUV dari kalanganya yang telah berada di pasaran seperti Kia Sorento (RM211,498-RM255,228 ); Mazda CX-8 (bermula daripada RM177,674) dan Hyundai Santa FE.

Proton X90 2023

Proton X90 ialah sebuah kenderaan SUV model ketiga dalam siri X PROTON. Namun X90 mempunyai reka bentuk dan identiti yang sangat berbeza daripada dua keluaran sebelumnya iaiatu X70 dan X50.

X90 dicipta berasaskan DNA rekabentuk dan teknologi gabungan idea bersama rakan strategik PROTON iaitu Geely Automobile yang merupakan pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company,yang merupakan antara pengeluar utama kenderaan penumpang China.

Jadi tidak hairan jika mungkin jika anda perasan ianya mirip kepada kenderaan SUV Geely Okavango yang dilancarkan di Filipina

Spesifikasi Proton X90

enjin proton x90

X90 bukan sahaja model pertama keluaran PROTON yang mengunakan unit rangkaian kuasa hibrid ringkas, malah kenderaan tenaga baharu pertama bagi jenama automotif berkenaan.

X90 dikuasakan oleh enjin tiga silinder pengecas turbo TGDi 1.5 liter yang menghasilkan 190PS kuasa kuda dan 300Nm tork yang dipadankan dengan sistem sinergi motor elektrik (EMS) 48V, sekali gus menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api, pelepasan karbon yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dan pengalaman pemanduan yang lebih lancar. Ia dipadankan dengan transmisi dual-clutch basah (DCT) 7-kelajuan. Jentera kuasa ini telah menerima pengiktirafan di pasaran seperti China dan Filipina.

Harga Rasmi Proton X90 2023

harga proton x90

Proton telah mengumumkan harga rasmi yang dijual pada harga atas jalan tanpa insurans bermula dari ;

  • 1.5 TGDi Standard : RM 123,800
  • 1.5 TGDi Executive : RM 130,800
  • 1.5 TGDi Premium : RM 144,800
  • 1.5 TGDi Flagship : RM 152,800

Baca juga : Harga Terkini Roadtax Kereta 2023

Varian X90

proton x90 flagship

X90 tersedia dalam empat varian ;

  • 1.5 TGDi BSG Standard – 7 Tempat duduk
  • 1.5 TGDi BSG Executive – 7 Tempat duduk
  • 1.5 TGDi BSG Premium – 7 Tempat duduk
  • 1.5 TGDi BSG Flagship – 6 Tempat duduk

Spesifikasi asas bagi Varian 1.5 TGDi BSG Standard didatangkan dengan ciri seperti :

  • 7 Tempat duduk
  • Enjin 1.5L TGDI dengan Hibrid Ringan
  • Transmisi Dwi Klac 7-Kelajuan
  • Lampu Depan LED Penuh
  • Roda Aloi 18″.
  • Tempat duduk kain
  • Skirn infotaimen paparan sentuh bersaiz 12.3 inci

Varian Executive menambah ciri seperti ;

  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar
  • Pintu Belakang Kuasa
  • Tempat Duduk Kulit Kulit
  • Tempat duduk Kuasa Pemandu
  • Tempat Duduk Pengudaraan Depan
  • Kamera 360 dengan Paparan 3D

Varian Premium menambah ciri peningkatan daripada Eksekutif seperti ;

  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju
  • Roda Aloi size 19 inci
  • Tempat Duduk Kulit Nappa
  • Tempat Duduk Kuasa Penumpang Depan
  • Pengecas Tanpa Wayar
  • Bantuan Parkir Kenderaan

Varian Flagship menambah ciri daripada Premium seperti ;

  • Bumbung Matahari Panoramik
  • ‘Boss’ Suis Penumpang Depan
  • Tempat Duduk Kapten Baris Kedua

Warna Pilihan Proton X90

Dari segi pilihan warna pula, terdapat 4 pilihan varian dan 6 pilihan warna bagi model yang berbeza yang ditawarkan iaitu:

  • Snow White
  • Armour Silver
  • Jet Grey
  • Cinnamon Brown
  • Ruby Red
  • Marine Blue

Secara ringkasnya apa yang boleh dikatakan mengenai X90, ianya merupakan kereta keluaran Proton yang paling luas, paling canggih dan semestinya paling mahal berbanding mana-mana kereta yang pernah di keluarkan PROTON sebelum ini.

Review Perbandingan

Rata-rata ulasan dan kritikan daripada peminat-peminat kereta di Malaysia selepas melihat ketiga-tiga model keluaran Proton X50, X70, X90 dan beberapa model kereta SUV pasaran Malaysia yang sebaris dengan X90 menyenaraikan secara ringkas perbandingan ketara yang dapat dilihat daripada model X90 ini adalah seperti berikut ;

Kelebihan

  • Dalaman yang luas
  • Enjin berkuasa
  • Perjalanan yang selesa
  • Nilai yang baik untuk wang
  • Bentuk hadapan yang menarik dengan rekabentuk grill berbentuk taburan pin krom bersama kemasan ‘Ethernal Bow

Kekurangan

  • Tiada Apple CarPlay atau Android Auto
  • Tiada lubang udara baris ketiga dalam varian Standard
  • Sesetengah ciri hanya tersedia pada varian yang lebih tinggi
  • Rekabentuk belakang yang kurang menarik

Untuk melihat dan menonton review keseluruhan X90 anda juga boleh menonton video di bawah

Tempahan

Bagi tempahan dan maklumat lanjut mengenai Proton X90 2023 baru bagi pasaran Malaysia, anda juga boleh melayari website https://www.proton.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!