Axia 2023 D74A Model Baru Harga, Spesifikasi & Warna

Harga AXIA 2023 D74A model baru bermula dari RM38,600 hingga RM49,500. Spesifikasi The All New AXIA dicipta dengan ciri-ciri serba baharu,lebih padu dan reka bentuk yang lebih moden.

Bagi anda yang sedang berkira-kira untuk memiliki kereta baru, gerenti anda mesti teruja nak angkat satu.

Model AXIA D74A hadir dengan 5 pilihan warna iaitu Coral Blue (Baru),Glittering Silver,Granite Gray dan Ivory White (Solid)

Perodua hari ini secara rasminnya telah mengumumkan pelancaran model terbaru keluaran mereka ini kemarin. Tempahan bagi model baru The All New AXIA telah dibuka. Menurut sumber, pada hari yang sama juga sebenarnya Perodua telah mula membuat penghantaran untuk tempahan model tersebut kepada pelanggan mereka

Perodua Axia model baru juga menjadi pilihan paling popular di kalangan golongan bujang,mahasiswa dan golongan yang keluarga kecil.

Dengan tema The All New AXIA 2023 Pretty, Smart ianya menjadi pilihan bukan sahaja disebabkan harga yang murah, jimat minyak selain daripada mempunyai rekabentuk yang standing dengan model-model kereta lain yang sekelas denganya. Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Perodua AXIA D74A memandangkan harganya yang berbaloi bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya

Spesifikasi Perodua Axia 2023 D74A

spesikasi perodua axia 2023

AXIA DA74 ini di bangunkan dengan Platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Generasi kedua AXIA keluaran Perodua ini ternyata bukan sahaja lebih bergaya malah mempunyai keluasan yang lebih besar berbanding AXIA model pertama. Dengan mempunyai saiz body 3,760 mm panjang dan 1,665 mm lebar.

Walaupun ianya AXIA 2023 di katakan model kereta yang  ekonomi, AXIA D74A ini juga turut dilengkapi bantuan pemanduan pintar Perodua, yang pertama untuk kereta peringkat permulaan.

Selain itu juga, kesemua varian AXIA DA74 dilengkapi enjin 1.0 liter dengan Dwi-Mod Transmisi boleh laras berterusan (D-CVT).

Selain itu berikut ciri-ciri yang ada untuk semua varian model baru AXIA D74A ;

  • Enjin 1.0 liter 1KR-VE
  • Platform DNGA
  • Transmisi D-CVT, tiada lagi transmisi manual
  • Ada enam beg udara, ABS, EBD, VSC, TRC
  • Skrin infotainmen sembilan inci, skrin kluster tujuh inci

KESELAMATAN

Perodua AXIA kini lebih besar dan lebih baik berbanding sebelum ini. Ia dilengkapi dengan rangkaian besar ciri keselamatan pintar untuk menjadikan setiap perjalanan lancar, menyeronokkan dan santai

TEKNOLOGI

Enjin yang mendapat penarafan EEV dengan D-CVT. EEV ialah satu penarafan n bagi kenderaan yang memenuhi piawaian yang mana kenderaan tersebut mempunyai kecekapan tenaga dari segi penjimatan bahan api tanpa mementingkan sepenuhnya akan penilaian pelepasan pencemaran. Manakala dengan transmisi D-CVT pula membolehkan peralihan lancar yang menawarkan perjalanan responsif. Gabungan keduanya ini membolehkan anda memacu AXIA D74A pergi lebih jauh dengan penjimatan bahan api yang anda inginkan dengan penggunaan bahan api sehingga 27.4km/l

KEMUDAHAN

axia 2023

AXIA baru juga di reka dengan mempunyai ciri-ciri kemudahan seperti pintu kemasukan tanpa kunci. Cermin sisi boleh tarik untuk memudahkan anda parking di kawasan yang mempunyai ruangan parking yang sempit. Teknologi yang memudahkan anda untuk menghidupkan kenderaan dengan hanya menggunakan suiz tekan butang mula/berhenti. Kenderaan ini juga mesra keluarga, dengan central lock, memudahkan pemandu untuk mengawal bagi ke empat-empat pintu sisi dan pintu belakang. Terutama sekiranya anda membawa keluarga dan anak kecil anda. Ruangan bonet juga, membolehkan anda meletak barangan dengan kapasiti ruang bagasi sehingga 265Liter

Varian Perodua Axia 2023 D74A

Model terbaru keluaran Perodua ini di datangkan dengan 4 jenis varian iaitu ;

  • Axia G, (Basic)
  • Axia X
  • Axia SE (Special Edition)
  • Axia AV

Untuk varian SE dan AV, Perodua Axia serba baharu didatangkan dengan mod kuasa, lampu siang LED (DRL), solar dan filem keselamatan serta kerusi jenis semi bucket dengan sandaran kepala boleh ditanggalkan.

Varian AV Perodua Axia Serba Baharu didatangkan dengan ciri eksklusif seperti paparan pelbagai maklumat Transistor Filem Nipis (TFT) 7 inci, paparan audio 9 inci, tempat duduk separa kulit (dua tona) dan enam beg keselamatan.


Model

Axia 1.0L

G

X

SE

AV
Transmisi Dwi-Mod Transmisi Boleh Laras Berterusan (DCVT)

Teknologi

Fuel Consumption (MDC Mode)

KM/l

25.3

27.4 (With “ECO idle system)

Powe Mode
Drive


.

Style

Lampu depan

Halogeen

LED

Lampu siang LED (DRL)

Type


.

Auto ON-Off


.
Cermin sisi
Elektrik & Manual Boleh
Ditarik Semula

Elektrik & Auto Boleh Ditarik Semula
(dengan isyarat membelok LED)

Keselesaan

Kerusi

Bahan

Fabric

Tempat duduk separa kulit (dua tona)

Kerusi hadapan

Jenis standard dengan tempat
letak kepala boleh tanggal
Semi bucket dengan sandaran
kepala boleh ditanggalkan

Kerusi belakang

Boleh dilipat dengan
sandaran kepala bantal

Boleh dilipat dengan tempat
letak kepala yang berasingan

Kemudahan

Multi info display

LCD

LCD (dengan Tachometer)

7” Transister Filem Nipis (TFT)

Audio

Standart audio

9” display audio

Keselamatan

ABS dengan Pengagihan
Tenaga Break Elektronik  & BA

.

.

.

.

Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)

.

.

.

.

Bantuan permulaan Bukit (HSA)

.

.

.

.

Kawalan Daya tarikan(TRC)

.

.

.

.

Filem tetingkap Solar & Keselamatan

.

.

.

.

Pilihan Warna AXIA D74A

Perodua mengeluarkan 5 jenis pilihan warna untuk pilihan peminat model kereta AXIA terbaru. Antara pilihan warna tersebut iaitu;

warna axia 2023 coral blue
  • Granite Grey,
  • Lava Red,
  • Glittering Silver,
  • Ivory White,
  • Coral Blue

Anda juga boleh download risalah untuk paparan spesifikasi gambar kenderaan yang lebih jelas di sini

Harga Perodua AXIA 2023

Berikut pula senarai harga kereta perodua axia terbaru mengikut varian;

harga perodua axia 2023
   
Model   
   
Harga   
   
Axia G   
   
RM38,600   
   
Axia X   
   
RM40,000   
   
Axia SE   
   
RM44,000   
   
Asia AV   
   
RM49,500   

*Harga diatas adalah harga angaran atas jalan tanpa insurans

Secara keseluruhannya, perbezaan ketara antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu dan mengikut citarasa pilihan pengguna

Perbandingan Perodua Axia & Axia D74A

Harga

Model Axia 2022 mempunyai 5 varian pilihan dengan harga bermula daripada RM23,367 untuk model Axia transmisi manual basic sehingga RM41,427 full set accessory

VarianAxia 1.0 AVAxia 1.0 SEAxia 1.0 STYLEAxia 1.0 GXTRAAXIA 1.0 GAxia 1.0 (M)
Harga Axia Model LamaRM 41,427RM 37, 5151RM 37,515RM 33, 940RM 32, 485RM 23,367
Harga Axia 2023 Model BaruRM 49,500RM 44,000RM 40,000RM 38,600

Penjimatan Minyak

Dari segi kecekapan bahan api

  • Axia BARU : Mampu bergerak sehingga 27.4 kilometer seliter berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.
  • Axia lama ; Manakala bagi Axia lama ianya mampu bergerak sejauh 22.5km/l berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi pula, anda boleh lihat perbezaan setiap varian model Axia lama seperti gambar di bawah dengan varian model The All New AXIA seperti gambar di atas

Maklumat Lanjut & Cara Tempahan

Bagi anda yang berminat untuk sebarang pertanyaan atau tempahan Perodua Axia 2023, sila ke pautan laman web rasmi Perodua seperti di bawah :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!