NBox Honda Malaysia Review Harga & Spesifikasi

Review NBox Honda Harga di Malaysia & Spesifikasi kereta kompak kei car keluaran Jepun.

Sekilas pandang NBox Honda ini seakan-akan kereta kompak keicar keluaran Perodua Kenari tetapi dengan keluasan yang lebih besar

NBox Honda merupakan model kereta yang paling laris dan di gemari bagi warga jepun sehingga pernah mencatatkan jualan tertinggi model kereta tersebut untuk pasaran negara matahari terbit tersebut selama 4 tahun (2017-2020).

Selain daripada harga yang murah, dan penggunaan minyak yang sangat-sangat menjimatkan jimat bahan api dinilai pada 27 km/liter dan 23 km/liter masing-masing.

Rekabentuk yang menarik berbentuk kotak yang direka bentuk bagi pelbagai kegunaan harian, percutian hujung minggu bersama keluarga mahupun digunakan untuk menjalankan pernigaan.

NBox Honda Malaysia

nbox honda malaysia
Kredit Photo : Mohamad Zaki
nbox honda malaysia

Untuk makluman peminat-peminat kereta kompak kei car NBox Honda ini tidak terdapat untuk pasaran Malaysia. Kebanyakan peminat kereta model ini perlu mengimport daripada Jepun.

Menurut perkongsian daripada tuan Asyraf ketika ditemu bual oleh tuan Nazz Abdullah, antara rakyat Malaysia yang pernah memiliki kenderaan ini ialah selebiriti Wak Doyok dan Tengku Permaisuri Agong.

Spesifikasi NBox Honda

nbox honda
  • Size engijn : 660cc 3-cylinder naturally aspirated or turbocharged
  • Power: 58 hp (NA) or 64 hp (turbo)
  • Torque: 60 Nm (NA) or 104 Nm (turbo)
  • Transmission: CVT
  • Drivetrain: Front-wheel drive or four-wheel drive
  • Dimensi 3,395 mm x 1,475 mm x 1,945 mm
  • Weight: 950 kg
  • Kapasiti tangki minyak penuh : 27 litres
  • Top speed: 134 km/h (turbo)

Baca juga : Proton X90 (2023) Malaysia – Harga, Varian, & Spesifikasi

Varian

NBox Honda hadir dengan 3 varian iaitu ;

  • N-Box Ex
  • N-Box custom EX Turbo
  • N-Box Edisi Khas STYLE + Black

Setiap varian ini mempunyai sedikit sebanyak perbezaan daripada segi enjin, reka bentuk dan termasuk eksesori dalamanan.

Apa yang lebih menarik kereta ini mengunakan pintu sliding yang mempunyai power door di bahagian kiri dan kanan.

Pilihan Warna NBox Honda

N-Box Ex

  • Mutiara Putih Cahaya Matahari Premium★3
  • Mutiara Putih Platinum 2
  • Luna perak metalik
  • mutiara hitam kristal
  • Premium Agat Brown Pearl★2
  • mutiara hijau british
  • Taffeta White Ⅲ

N-Box custom EX Turbo

  • mutiara putih cahaya matahari premium 3
  • Mutiara Putih Platinum 2
  • Metalik Kelabu Meteoroid 2
  • mutiara hitam kristal
  • Midnight Blue Beam Metallic 2
  • Premium Velvet Purple Pearl★2

N-Box Edisi Khas STYLE + Black

  • Mutiara Putih Platinum 2
  • Metalik Kelabu Meteoroid 2
  • mutiara hitam kristal

Harga NBox Honda Malaysia

Seperti yang anda sedia maklum, Honda N-Box pada tidak tersedia untuk dijual di Malaysia. Harga Honda N-Box terpakai atau recon di Malaysia pastinya lebih mahal daripada pasaran Jepun dan ianya bermula dari sekitar RM100,000 +++

Review

Untuk melihat review kereta NBox Honda ini dengan lebih dekat, anda boleh tonton video di bawah yang di bawahkan oleh youtuber Nazz Abdullah

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai N-Box Honda, anda juga boleh layari website rasmi Honda Japan https://www.honda.co.jp

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!