Modenas Elegan EX Vs Elegan 250 ABS Harga & Spesifikasi

Skuter Modenas Elegan EX 2023 baru sahaja dilancarkan oleh Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas).

Skuter keluaran terbaru Modenas itu merupakan model upgare bagi Modenas Elegen 250 ABS yang di keluarkan pada tahun 2020.

Sudah tentunya bagi peminat motor keluaran Modenas ini, ternanti-nanti apa ciri-ciri utama Modenas Elegan EX yang ingin diketengahkan berbanding model sebelumnya Elegan 250 ABS.

Bagi peminat motor jenis skuter keluaran Modenas, kedua-dua model Elegen EX dan Elegen 250 ABS seperti tidak berubah.

Namun jika anda amati dan letakan kedua-dua model ini bersebelahan, pastinya anda sudah dapat melihat perubahan dan perbezaan ketara di antara kedua-dua model ini.

Reka bentuk yang sama, tetapi Modenas Elegan EX dicipta dengan mempunyai bentuk yang ergonomik, untuk lebih keselesaan terutama bagi perjalanan jauh disamping penampilan lebih sporty, moden dan bergaya. Elegen EX 250 juga hadir dengan ciri keselamatan tambahan (Dual Channel ABS) yang dikekalkan seperti Elegan 250 ABS.

Dengan fungsi ini (Dual Channel ABS), sekiranya berlaku apa-apa emergency atau situasi yang memerlukan anda untuk memberhentikan motor,kedua-dua tayar takkan terkunci dan sekaligus memberikan jaminan keselamatan yang lebih ketara.

Modenas Elegan EX Lebih Keselesaan, Lebih Selamat & Lebih Bergaya

modenas elegan ex

Ia adalah motosikal yang elegan dan selesa untuk ditunggangi, dengan ciri-ciri yang boleh menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan menyeronokkan.

Rekabentuk

Mempunyai reka bentuk yang lebih moden dan sporty berbanding model Elegan ABS 250.

Enjin

Menggunakan enjin SOHC 4-lejang, 250 cc penyejuk Cecair dengan transmisi CVT. Ia menghasilkan kuasa 22.1 Hp pada 7000 RPM dan tork maksimum 22.4 Nm pada 6500 RPM.

Menjadikan Enjin Modenas Elegant EX sangat responsif dan mempunyai prestasi yang baik. Ini menjadikan perjalanan lebih cepat dan lebih cekap.

Penggunaan Bahan Api Lebih Jimat

Ditambah dengan suntikan bahan Api (EURO 4), model terbaru Modenas ini dibina dengan antipelepasan tambahan bagi memastikan toksin dalam gas ekzos dapat dikurangkan semasa pelepasan apabila enjin berjalan. Penggunaan bahan api yang cekap juga menjadikan Modenas Elegant EX pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengurangkan kos bahan api.

Lebih Cekap dan lebih Selamat

Suspensi hadapan dan belakang yang baik memberikan keselesaan tambahan apabila memandu di jalan yang tidak rata.

Ciri tambahan seperti kawalan suhu penyaman udara dan sistem audio menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

Ruang simpanan yang besar membolehkan anda membawa barang-barang yang diperlukan semasa perjalanan.

Lampu depan yang terang dan reka bentuk tangki bahan api yang elegan menjadikan Modenas Elegant EX pilihan yang tepat untuk mereka yang ingin kelihatan bergaya semasa memandu.

Soket pengecas USB

Satu lagi ciri-ciri yang sangat berguna ialah soket pengecas USB yang dipasang secara strategik, membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka semasa dalam perjalanan. Ciri-ciri ini sudah tentunya sangat diperlukan terutma bagi mereka yang menjalankan pekerjaan sebagai runer atau penghantar barangan /makanan

Pilihan Warna

warna modenas elegan ex

Modenas Elegan juga di datangkan  dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu

  • Perak (Matte Silver Crystal) dan
  • Biru (Petroleum Blue).

Spesifikasi Modenas Elegant EX

spesifikasi modenas elegan ex
  • Dual ABS Channle
  • Mempunyai soket pengecas USB
  • Kompartmen penyimpanan dengan lampu LED
ENGIN
Enjin4-Lejang, 1-Silinder, 2-Injap, SOHC
Anjakan249.1 cm³
Sistem penyalaanECU (Transistor Penuh)
Kapasiti tangki bahan api12.5 L
Suntikan bahan apiSuntikan Bahan Api (EURO 4)
Sistem pemulaanPemula Elektrik
Broke X Stroke72.7 mm X 60 mm
PENULARAN
TaipCVT Automatik
Sistem pemanduanPemacu Tali Pinggang
KlacEmpar & Kering
CASIS
Jenis bingkaiTulang bawah
Suspensi depanTeleskopik
Suspensi belakangLengan Hayun Mengekor
Brek depanCakera 260 mm ABS 3 Piston
Size tayar depan120/80 R14
Membendung berat badan195 kg*
Panjang keseluruhan2,235 mm
Lebar keseluruhan810 mm
Ketinggian keseluruhan1,375 mm
Brek belakangCakera 240 mm ABS 2 Piston
Size tayar belakang150/70 R13
SISTEM ELEKTRIKAL
Kuasa maksimum16.5 kW / 7,000 rpm
Isyarat pusingLED
Lampu depanLED
Lampu ekor/brekLED

Harga Modenas Elegan EX

Anggaran harga bagi skuter Modenas Elegan EX (2023) di pasaran Malaysia ialah RM16,997

Perbezaan Ketara Model Elegan EX vs Elegan ABS 250

Berdasarkan penilitian Fuh.my berikut adalah beberapa ciri-ciri ketara dan perbezaan di antara kedua-dua model Modenas Elegan EX dan Elegan ABS 250

Rekabentuk

Bagi yang baru, mungkin tidak akan perasan perbezaan diantar kedua-dua model ini. Kecuali jika kedua-dua model ini diletakan bersebelahan. Elegan EX kelihatan lebih kecil sedikit berbanding Elegan ABS 250.

Walaupun sebenarnya kedua-dua model ini mempunyai berat yang sama iaitu 195kg, tetapi Modenas Elegan EX mempunyai kelebihan dari segi titik graviti rendah. Ianya akan membantu untuk pengendalian skuter maxi ini dengan lebih cemerlang dan lebih stabil terutama bila meredah laluan trafik jem

Enjin

Sistem bahan api bagi Elegan EX telah ditambah baik dengan menggunakan suntikan bahan api (EURO 4) berbanding Elegan ABS 250 yang mengunakan suntikan bahan api biasa Minyak tanpa plumbum

Lampu Depan

Model itu juga dipasang dengan lampu depan projektor baharu yang lebih anggun dengan ciri pencahayaan siang LED untuk meningkatkan penglihatan sepanjang hari bagi penunggang dan pengguna jalan raya lain. Manakala lampu ekor berbentuk X dikekalkan yang mana ianya menjadikan skuter modenas elegan satu-satunya yang mengunakan rekabentuk ini yang mana ianya mampu meningkatkan penglihatan kenderaan semasa ditunggang pada waktu malam.

Harga

  • Modenas Elegan 250 ABS, RM15,315
  • Modenas Elegan EX, RM16,997

Untuk melihat perbezaan kedua-dua model ini dengan lebih terperinci dari segi spesifikasi anda boleh lihat disini https://modenas.my/product/elegan/

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Modenas Elegan EX ialah motosikal yang sangat baik untuk mereka yang mencari skuter dengan rekabentuk elegan, selesa dan responsif. Reka bentuk moden dan ciri berguna menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan dan membuatkan anda kelihatan bergaya semasa memandu.

Jika anda sedang mencari motosikal automatik yang mempunyai keseimbangan yang baik antara prestasi, keselesaan dan gaya, maka Modenas Elegant EX adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Dan jangan lupa inilah salah satu skuter yang direka mempunyai kecekapan bahan api dan lebih menjimatkan penggunaan bahan bakar serta mesra alam

Katalog & Bosur Modenas Elegan EX

Anda juga boleh download dan dapatkan pdf brosur & katalog model Modenas Elegan EX https://modenas.my/file/product/1675912815.Cp412.pdf

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut atau nak test drive Modenas Elegant EX ini, anda boleh layari website https://modenas.my/ atau hubungi

  • Talian bebas tol Modenas ; +1800880181
  • Modenas Whatsapp careline : +60195708135
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!