Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) Sehingga RM50,000
Berita baik! Kerajaan menawarkan Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) sehingga RM50,000. Pembiayaan mikro yang eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina ini khas untuk perusahaan mikro miliki warganegara Malaysia yang beroperasi lebih 6 bulan. Ianya bertujuan untuk modal kerja, pembelian aset atau ubah suai premis perniagaan.
Apakah itu Pembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC)?
- Pinjaman ini khusus untuk perniagaan dalam sektor:
- Peruncitan dan pemborongan
- Pembuatan
- Perkhidmatan
- BSN Micro PKBC merupakan satu Skim Pinjaman Mikro tanpa cagaran di mana matlamat pinjaman ini adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha perusahaan mikro untuk mengembangkan perniagaan khususnya kepada:
- Penduduk tetap Perkampungan Baru Cina
- Pemohon bukan berasal dari Perkampungan Baru Cina tetapi perniagaan beroperasi di dalam kawasan Perkampungan Baru Cina
Ciri -Ciri Pembiayaan PKBC
- Tujuan Pinjaman: Modal Kerja / Pembelian Aset / Ubahsuai Premis Perniagaan
- Jumlah Pinjaman: RM5,000 hingga RM50,000
- Tempoh Pinjaman: 6 bulan hingga 5 tahun
- Jenis Sektor Perniagaan: Peruncitan dan Pemborongan / Pembuatan / Perkhidmatan
Syarat Kelayakan
- Perusahaan Mikro (Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd. termasuk perniagaan Profesional)
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia
- Pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina dan disahkan oleh Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP)
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Badan Profesional berkaitan (untuk perniagaan Profesional)
- Perniagaan telah beroperasi sekurang kurangnya enam (6) bulan
Dokumen Yang Diperlukan
Pemilikan Tunggal / Perkongsian
- Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah / Sijil Amalan (untuk perniagaan profesional)
- Pengesahan dari Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang menyatakan pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
- Penyata Akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini
- Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Syarikat Sdn Bhd
Dokumen Disahkan Benar (Certified True Copy (CTC)) seperti berikut :
- Borang 9, 24, 44, 49
- Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A)
- Pengesahan dari Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang menyatakan pelanggan adalah pemastautin tetap Perkampungan Baru Cina
- Resolusi Ahli Lembaga Pengarah
- Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika ada)
- Penyata Kewangan Syarikat Beraudit / Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini
- Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Baca juga : Skim AgroMakanan (PENJANA) Pembiayaan Ushawan Mikro & B40
Cara Permohonan
- Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik ke pautan Portal Micro Financing BSN
- Untuk permohonan di cawangan BSN, borang permohonan boleh dimuat-turun di SINI
Maklumat Lanjut
Sekiraaya anda ada pertanyaanPembiayaan Kampung Baru Cina (PKBC) anda boleh anda boleh hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 1300 88 1900 atau dengan melayari laman web bsn.com.my