Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

Sukacita dimaklumkan, Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) Nasional diperkenalkan sebagai satu skim pembiayaan baharu di bawah TEKUN Nasional. Permohonan boleh dibuat mulai 20 Ogos 2022

Sebagai permulaan sebanyak RM10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1,000 usahawan khususnya usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan memaklumkan, skim pembiayaan SPOT terbuka kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).

Menurut kenyataan, usahawan yang layak memohon adalah yang berumur 18 hingga 65 tahun dengan nilai pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000 manakala caj pengurusan tiga peratus setahun dikenakan dengan menggunakan konsep Tawarruq.

Apa Itu Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT)

SPOT bertujuan untuk membantu usahawan dalam talian mengembangkan perniagaan dan sebanyak RM10 juta diperuntukkan dengan sasaran 1,000 orang usahawan

Maklumat TEKUN SPOT

  • Kadar Pembiayaan : Nilai pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000.
  • Kadas caj pengurusan : Caj pengurusan 3% setahun dikenakan dengan menggunakan Konsep Tawarruq.

Syarat Permohonan

  • Tanya terbuka kepada usahawan informal dan mikro
  • Merupakan golongan bumiputera dan India
  • Berumur 18 hingga 65 tahun

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN

Sebagai permulaan, SPOT boleh mula dipohon mulai 20 Ogos 2022 melalui Pejabat Cawangan TEKUN (menerusi perkhidmatan di kaunter). Rujuk pautan berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/ untuk senarai lokasi dan alamat Pejabat cawangan TEKUN

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan untuk keterangan lanjut mengenai Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT), anda boleh layari laman web https://www.tekun.gov.my/ms/ atau hubungi melalui ;

No. Telefon: 03-9059 8888
No. Faks: 03-9059 9292
Emel: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!