BSN : Inisiatif Pendigitalan PKS 2022 Sehingga RM5000

Bajet 2022 : Inisiatif Pendigital PKS 2022 Bank simpanan Nasional (BSN) dibuka kepada peniaga kecil dan sederhana PKS dan koperasi.

Objektif inisiatif ini adalah untuk menggalakkan penggunaan penyelesaian digital dalam kalangan PKS di Malaysia

Apakah itu Inisiatif Pendigitalan PKS ?

Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois pembelian penyelesaian pendigitalan

Menerusi bajet 2022 ini, adalah di harapkan mereka yang terlibat dengan PKS dapat mengambil inisiatif ini untuk menggunaan penyelesaian digital dalam kalangan PKS di Malaysia

Baca juga : 2 Inisaitif Baru KWSP :e-PaR & Pengecualian Caj Lewat Bayar Caruman

Ciri-ciri Insentif

  • Skop pendigitalan yang luas:
  1. Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)
  2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
  3. Pemasaran / Jualan Digital
  4. Perolehan
  5. Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai
  6.  Kerja Jarak Jauh
  7. E-Dagang

Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada PKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
  • PKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia;
  • PKS/Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan;
  • PKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000 

Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan;

  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan;
  • Salinan lesen pendaftaran PKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016). Bagi koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
  • Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PKS/Koperasi untuk dua (2) bulan terkini;
  • Sebut harga/inbois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC; dan;
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

inisiatif pendigitalan pks
  • Pemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana – mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).
  • Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.
  • Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.
  • Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5,000 kepada Pembekal Perkhidmatan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Inisiatif Pendigital PKS 2022 , anda boleh hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor 1300 88 1900 atau dengan melayari laman web bsn.com.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!