Permohonan Pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 Tanpa Faedah

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 atau Program Usahawan Lepasan Insitusi Pendidikan MARA/Belia. Kepada belia graduan lepasan insitutsi MARA yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan boleh memohon pembiayaan ini.

Apa Itu Pembiayaan PUTRA MARA

pembiayaan putra mara

Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia merupakan salah satu insentif pihak mara untuk memberi galakan dan bantuan kepada bekas pelajar lepasan insitusi pendidikan mara untuk

  • Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan
  • Melahirkan usahawan kecil dinamik dari generasi muda untuk memulakan perniagaan

Syarat Dan Kelayakan

Syarat Asas

  1. Warganegara dan Bumiputera
  2. Berumur 18-40 tahun
  3. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  4. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  5. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  6. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  7. Perniagaan patuh Syariah
  8. Bebas dari senarai hitam MARA

Syarat Khusus

  1. Belia yang telah menjalankan perniagaan tidak kurang dari tiga (3) bulan dengan perkembangan yang baik
  2. Pelajar IPMa yang sedang mengikuti latihan industri atau program inkubator di IPMa
  3. Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  4. Tidak pernah mendapat sebarang kemudahan pembiayaan MARA

Pembiayaan

  1. Skop
    • Modal Pusingan
    • Pembelian Mesin dan Peralatan
  2. Had pembiayan RM10,000.00
  3. Tempoh pembiayaan 1-3 tahun @ 12-36 bulan

Jaminan /Cagaran

TIADA (Hanya perlu kemukakan seorang penyokong @reference dikalangan ahli keluarga)

Kadar Keuntungan

0%

Baca juga : DanaNITA MARA : Permohonan 2022 Skim Pembiayaan Perniagaan Perniagaan Khas Wanita RM150,000

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi website

https://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx

Syarat-Syarat Pendaftaran Dan Permohonan Pembiayaan

  1. No. KP dan nama PEMILIK PERNIAGAAN bagi perniagaan MILIKAN TUNGGAL
  2. No. KP dan nama SALAH SEORANG RAKAN KONGSI bagi perniagaan PERKONGSIAN atau PERKONGSIAN LIABITI TERHAD (PLT)
  3. No. KP dan nama AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DIBERI KUASA untuk memohon dan menerima pembiayaan berdasarkan resolusi syarikat bagi SYARIKAT SDN. BHD
  4. Dokumen Sokongan

[PENTING :Dokumen lengkap mengikut senarai semak dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) / Bahagian Pembiayaan Perniagaan (Pembiayaan PRiN dan MISA) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.]

  1. Segala kos penyediaan dokumen untuk permohonan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pemohon

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan berkaitan Pembiayaan PUTRA MARA, anda boleh  hubungi 03-2613 2000 atau layari website https://www.mara.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!