Dividen ASB 2022 & Tarikh Pengeluaran Duit ASB 2023

Semakan Dividen ASB 2022 beserta bonus boleh dibuat mulai 1 Januari 2023 secara online. Bagi urusan pengeluaran ASB online akan mengambil masa satu hari waktu bekerja untuk pemindahan dari akaun ASB ke akaun bank anda. Minima RM100 dan maksima pengeluaran ASB online adalah sebanyak RM2,000 dan di hadkan kepada tiga kali pengeluaran dalam tempoh sebulan sahaja.

Manakala sekiranya anda berhajat untuk membuat pengeluaran duit ASB lebih daripada RM2,000 anda perlu hadir di kaunter atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 3 Januari 2023.

Kadar Dividen ASB 2022 yang telah diumumkan adalah sebanyak sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen, berjumlah 4.60 sen seunit selain terdapat bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit Dividen ASB 2021

Pengumuman oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang merupakan pemilik syarikat tersebut,telah dibuat pada 22 Disember 2022 pada pukul satu menerusi kenyataan media di facebook rasmi Amanah Saham Nasional Berhad dan tiada sidang akhbar dijalankan.

Ini merupakan pengumuman dividen ASB yang pertama dibawah Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah salah satu jenis instrumen investasi yang ditawarkan oleh Lembaga Tabung Haji di Malaysia. ASB ditujukan khusus bagi orang Bumiputera atau penduduk asli Malaysia untuk membantu mereka menabung dan berinvestasi. ASB menawarkan dividen tahunan dan imbal hasil yang kompetitif, serta kemudahan dalam melakukan transaksi.

ASB merupakan sebuah dana pelaburan yang menawarkan pulangan yang stabil dan tinggi dengan risiko yang rendah. Dana ini terdiri daripada pelaburan dalam saham-saham Bumiputera dan instrumen kewangan lain yang sesuai dengan syariah.

Namun, sebagai instrumen investasi, ASB juga memiliki risiko, sehingga penting bagi investor untuk memahami risiko tersebut sebelum memutuskan untuk berinvestasi.

Permakluman Penangguhan Urus Niaga Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022

Tarikh akhir penerimaan urus niaga melalui cek adalah pada 20 Disember 2022, manakala transaksi penukaran yang melibatkan ASN, ASN Imbangan 3 Global & ASN Equity Global adalah seperti jadual berikut ;

Bagi membolehkan pemegang unit membuat urus niaga dalam talian serta menerima penyata elektronik, pemegang unit adalah di nasihatkan untuk mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit serta alamat e-mel di jene-ejen atau cawangan ASNB

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2022

  • Tarikh : 22 Disember 2022
  • Hari : Khamis
  • Masa :- 1 : 00 tengah hari

Sejarah Tarikh Pengumuman Dividen ASB

Pada tahun 2020, tarikh dividen ASB diumumkan pada 23 Disember 2020.

Manakala bagi tahun lalu, penangguhan urusniaga pula bermula 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022 dan pengumuman dividen ASB diumumkan pada 23 Disember 2021, jam 9.45 pagi.

Bagi tahun ini pula penangguhan urusniaga ASB bermula 22 Disember 2022 sehingga 3 Januari 2022. Tarikh akhir sebarang urusniaga hendaklah dilakukan sebelum atau pada 22 Disember 2021.

Tahun Tarikh Dividen ASB diumumkan
2020 23 Disember 2020
2021 23 Disember 2021

Tarikh Pengkreditan Dividen ASB 2022 Ke Akaun Pendeposit

Pengagihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023.

Ahli boleh membuat semakan menerusi myASNB mulai 1 Januari 2023.

Ketika ini, urus niaga ASB ditangguhkan untuk pengiraan pendapatan dan bonus dari 22 hingga 31 Disember 2022.

Urusniaga boleh dibuat di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023.

Kadar Dividen ASB 2021 & Tahun Sebelumnya

tarikh dividen asb 2022
Pengumuman Dividen ASB 2021 yang di buat pada 23 Disember 2021

Sebagai rujukan, berikut di sertakan jumlah Dividen ASB beserta bonus dari tahun 1990-2021

Tahun   Kewangan Berakhir 31 Disember Dividen + Bonus
[sen/unit]
2021 4.25 + 0.75
2020 3.50 +0.75
2019 5.00 + 0.50
2018 6.50 + 0.05
2017 7.00 + 1.25
2016 6.75 + 0.5
2015 7.25 + 0.5
2014 7.50 + 1.00
2013 7.70 + 1.00
2012 7.75 + 1.15
2011 7.65 + 1.15
2010 7.50 + 1.25
2009 7.30 + 1.25
2008 7.00 + 1.75
2007 8.00 + 1.75
2006 7.30 + 1.25
2005 7.25 + 1.75
2004 7.25 + 2.00
2003 7.25 + 2.00
2002 7.00 + 2.00
2001 7.00 + 3.00
2000 9.75 + 2.00
1999 8.50 + 1.50
1998 8.00 + 2.50
1997 10.25 + 1.25
1996 10.25 + 3.00
1995 10.00 + 3.00
1994 9.50 + 4.50
1993 9.00 + 4.50
1992 7.50 + 5.00
1991 8.50 + 4.00
1990 8.00 + 6.00

Cara Kira Dividen ASB

Bagi anda yang ingin menyemak sendiri dan membuat kiraan berapa jumlah dividen beserta bonus yang bakal anda terima, anda boleh ikuti cara pengiraan berikut ;

Untuk mengira dividen ASB, pertama anda perlu mengetahui jumlah unit ASB yang dimiliki, serta harga unit pada saat dividen dibayarkan.

Jumlah dividen yang diterima sama dengan jumlah unit yang dimiliki dikalikan dengan harga unit pada saat dividen dibayarkan.

Sebagai contoh, jika anda memiliki 30,000 unit ASB dan harga unit pada saat dividen dibayarkan adalah RM1.00, maka jumlah dividen yang akan anda terima adalah

30,000 x RM1.00 = RM30,000.00.

Namun, perlu diingat bahwa harga unit dan jumlah dividen yang dibayarkan dapat berubah dari waktu ke waktu.

 Penting bagi anda untuk memantau perkembangan terkini dan menghitung ulang jumlah dividen yang akan anda terima sebelum memutuskan untuk menjual unit ASB anda.

Contoh Pengiraan

Formula Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB:

Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar pengagihan

Pengiraan Bonus ASB:

 Jumlah baki minimum bulanan selama 12 bulan/ 12 bulan X kadar bonus

Kadar Dividen ASB 2022 + Bonus

  • Kadar dividen (Normal Reinvestment) = 3.35%
  • Bonus (Special Reinvestment) = 1.25%
  • Bonus khas (Special Bonus Dividend) =0.5%

Maka pengiraan jumlah dividend an bonus yang bakal anda terima adalah seperti berikut ;

Anda mempunyai pelaburan sebanyak RM100,000 dari awal tahun Januari 2022. Jumlah yang anda perolehi adalah seperti berikut :-

  1. Dividen
    • RM100,000 x 3.35% = RM3,350
  2. Bonus 1.25%
    • RM100,000 x 1.25% = RM1,250
  3. Bonus khas 0.5%
    • Bonus khas ini terhad kepada 30,000 unit pertama sahaja. Kalau dalam akaun ada 1 juta sekalipun, hanya dikira;
    • 0.5% x 30,000 = RM150 maksimum

PENTING : Anda akan mendapat dividen dan bonus sebanyak RM3,350 + RM1,250+RM150 = RM4,750 sekiranya tiada pengeluaran atas pelaburan dilakukan sepanjang 12 bulan pada tahun 2021.

Tetapi sekiranya anda ada membuat pengeluaran, maka jumlah dividen dan bonus akan dikira berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan terendah 12 bulan

Semakan Dividen ASB 2022

Untuk membuat semakan secara online anda boleh berbuat demikian dengan cara melayari portal myASNB atau secara terus menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun melelui Google play untuk pengguna andoird App store dan juga menerusi AppGallery

Sekiranya anda belum pernah mendaftaran online, anda boleh ikuti langkah-langkah Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen

Untuk makluman anda, mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.

Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my


Maklumat Lanjut

Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023

Untuk info lanjut dan pengumuman kadar Dividen ASB, anda boleh ikuti facebook https://www.facebook.com/PNBmy.Official

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!