Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Kedah Beri RM1000

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Kedah ~ Sukacita di maklumkan kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua Penjawat Awam, Pengerusi & Setiausaha JPKK.

Kelulusan pemberian bantuan itu diputuskan pada Mesyuarat EXCO yang berlangsung di Wisma Darul Aman.

Kelulusan ini membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan RM5.35 juta

Kerajaan negeri juga bersetuju memberikan bantuan khas berkenaan kepada semua Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) seluruh negeri itu.

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Kedah Penjawat Awam, Pengerusi & Setiausaha JPKK

Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah hari ini meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam Kedah berjumlah RM1,000 setiap seorang.

Kelulusan ini membabitkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan RM5.35 juta

Manakala, sejumlah RM307,500 di peruntukkan sebagai bayaran bantuan khas kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK.

Untuk Pengerusi dan Setiausaha JPKK sahaja, bantuan Khas Aidilfitri ini akan membabitkan seramai 2,050 orang penerima yang akan menerima manfaat.

Sebelum ini juga, kerajaan persekutuan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Jumlah Bantuan Khas

Semua penerima bantuan khas kerajaan negeri Kedah ini akan menerima bantuan berbentuk kewangan berjumlah RM1000 seorang

Tahun lalu, jumlah sama turut diberikan Kerajaan Negeri Kedah melihatkan 5,300 penjawat awam

Penerima Bantuan Khas Aidilfitri

  • Semua penjawat awam negeri kedah
  • Pengerusi JPKK
  • Setiausaha JPKK

Bayaran

Bayaran akan di salurkan terus ke akaun masing-masing bagi penjawat awam. Manakala bayaran kepada Pengerusi dan Setiausaha JPKK ini akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan masing-masing

Tarikh pembayaran bantuan khas ini semua akan dibuat kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri bulan hadapan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai bantuan ini, sila layari

Facebook Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!