Program Saringan Awal ANIS Pemeriksaan Anak Lewat Perkembangan Percuma

Terkini percuma program saringan awal ANIS pemeriksaan untuk kanak-kanak lewat perkembangan. Anak Istimewa Negeri Selangor yang merupakan di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor ini diperkenalkan dengan tujuan dan harapan agar dapat memperkasakan barisan ibubapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor.

Seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

Insiaitif Program Saringan Awal ANIS adalah untuk

  1. Membantu ibubapa dalam mengenal pasti tahap perkembangan anak
  2. Membantu ibubapa dalam menyediakan / merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upaya
  3. Membantu ibubapa dalam mengurangkan kos perbelanjaan proses saringan awal
  4. Membantu memudahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengeluarkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) kepada kanak-kanak yang terlibat

Pelaksanaan Program Saringan Awal ANIS

Program Saringan Awal ANIS 2022
  1. Ibubapa perlu mendaftar dengan mengisi borang di laman web https://www.anisselangor.com/saringan dan melengkapkan dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan Program Saringan ini akan dijalankan sepanjang tahun.
  3. Para peserta yang layak akan menerima panggilan daripada urusetia dan hadir temujanji pada hari Program Saringan yang ditetapkan oleh Pusat ANIS

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 2-6 tahun yang mempunyai masalah kelewatan perkembangan (development delay)
  3. Pendaftaran dibuka kepada golongan B40 dan M40
    * Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor dan sedang menetap di Selangor; ATAU Ibu/bapa/penjaga bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  4. Melengkapkan permohonan dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan

Maklumat Penting Pemohon

  1. Bagi ibubapa/penjaga yang bukan kelahiran Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada Pegawai Pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon
  2. Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan adalah seperti berikut:
    1. Ahli Parlimen / Senator
    2. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
    3. Penghulu / Ketua Kampung
    4. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
    5. Pengerusi Taman Perumahan / Ketua Blok
    6. Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja / Ketua Komuniti
  3. Sekiranya ibubapa/penjaga mempunyai anak lebih daripada seorang, maka permohonan hendaklah dibuat secara berasingan

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan pasangan
  3. Salinan Kad Pengenalan Anak
  4. Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa
  5. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan)
  6. Cop Pengesahan Mastautin yang disahkan pada borang permohonan (Rujuk pada Senarai Jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan sahaja).
  7. Borang Pengesahan Status Permastautin boleh didapatkan disini
  8. Salinan slip gaji ibu DAN bapa

Cara Permohonan Program Saringan Awal ANIS

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang www.anisselangor.com/intervensianis
  2. Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar melalui salah satu kaedah seperti berikut:
    • Hantar ke pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di alamat:

Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS
Yayasan Warisan Anak Selangor
Lot G26-G28 Tingkat G, Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam
Hotline : 03-55453170 (Pusat ANIS)
/ 03 – 54818800 (YAWAS – HQ)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Program Saringan Awal ANIS ini, anda boleh layari laman web https://www.anisselangor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!