Bantuan Kewangan Pelajar OKU & Pendidikan Khas IPT

Permohonan tawaran Bantuan Kewangan bagi Pelajar OKU atau orang kelainan upaya ini khusus untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) .Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU.

Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini. Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

Apa Itu Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT

bantuan kewangan pelajar oku

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini;

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

Tempoh Pembiayaan

Tempoh tajaan ini adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi pengajian dan tidak melebihi tempoh maksimum penajaan seperti berikut :

  1. Sijil – 2 Tahun (Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  2. Diploma – 3 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM15,000.00)
  3. Sarjana Muda – 4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)
  4. Diploma Lepasan Ijazah -2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  5. Sarjana -2 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM10,000.00)
  6. Ph.D -4 Tahun (Had Pembiayaan RM5,000.00 sehingga RM20,000.00)

Baca juga: Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor

Syarat-Syarat Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT

  • i. Pelajar warganegara Malaysia;
  • ii. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
  • iii. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • iv. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;
  • v. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik;
  • vi. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini;dan
  • vii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).
  • viii.Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru

Baca juga : Permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) JKM RM300

Kaedah Bayaran

1. Orang Kurang Upaya (OKU)

a. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)

  • Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.
  • Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.
  • Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.
  • Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

b. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :

  • Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
  • Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
  • Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

2. Program Pendidikan Khas (PPK)

i. Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.

ii. Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :

  • RM 3660/Semester 1 sahaja.
  • RM 3360/Semester 2 hingga 4.

Kategori Yuran Tidak Di Tuntut

Bil.Yuran pengajian yang LAYAK dituntutYuran pengajian yang TIDAK LAYAK dituntut
1.Yuran Pendaftaran PengajianYuran Penempatan / Yuran Asrama
2.Kad Kampus / Kad MatrikInsuran Kesihatan / Perlindungan Insuran
3.Yuran PerpustakaanYuran Kebajikan / Persatuan / Alumni / Aktiviti / Khairiat
4.Yuran PeperiksaanYuran Kelengkapan / Tabung Pengurusan MPA
5.Yuran PerkhidmatanYuran Pencalonan
6.Yuran Ko-Kurikulum / SukanTabung Kecemasan
7.Yuran Graduasi (Jika bergraduat dalam tempoh tajaan sahaja)Elaun Buku
8.Yuran Pemeriksaan / Yuran TesisElaun Sara Hidup
9.Yuran KomputerElaun Tesis
10.Yuran Peralatan / Bahan MakmalElaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan
11.Elaun Perjalanan / Tambang
12. Elaun Akhir Pengajian
13. Elaun Penyelidikan
14. Elaun Pengangkutan

Nota : Bagi tuntutan lain yang tidak tersenarai dalam senarai yuran yang LAYAK atau TIDAK LAYAK seperti di atas adalah tidak layak dituntut.

Cara Permohonan /Tuntutan Bantuan Kewangan Pelajar OKU

  • Salinan dokumen yang dinyatakan dalam permohonan dimuat naik lengkap.
  • Pelajar tidak perlu menghantar dokumen dan Salinan dokumen ke Bahagian ini.
  • Hanya Invois Asal yang perlu dikemukakan kepada Bahagian ini secara pos atau serahan tangan ke alamat:

Kementerian Pengajian Tinggi,
Bahagian Biasiswa,
Unit Pra Perkhidmatan,
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

No Hotline : 03-8888 1616

Peringatan

  • Urusetia berhak untuk tidak memproses tuntutan / permohonan pelajar sekiranya Salinan dokumen yang dimuat naik didapati mengelirukan ataupun tidak lengkap
  • Permohonan BKOKU dan PPK akan dibuka pada 3 Januari 2022.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan kewangan pelajar oku ipt ini, anda boleh ajukan melalui ;

Unit Pra Perkhidmatan,
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

No Hotline : 03-8888 1616

Rosnidah Binti Ab.Rahim
[email protected]

Kalaivani A/P M Vadivelu
[email protected]

Nor Hidayah Binti Harun @ Zakaria
[email protected]

Waktu pejabat SAHAJA
Isnin hingga Jumaat – 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Waktu Rehat
Isnin hingga Khamis (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang)
Jumaat (12.15 tengah hari hingga 2.45 petang)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!