Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023)

Bajet 2023 : Bantuan Musim Tengkujuh Untuk Pekebun dan Penoreh Getah (BMT 2023)

Belanjawan 2023 turut merangkumi bantuan musim tengkujuh buat pesawah dan pekebun. Perkara ini diumumkan dalam pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Menurut beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan, pelbagai subsidi dan insentif akan diberikan kepada para petani dan penoreh getah.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai pembaharuan yang diperkenalkan dalam Bantuan Musim Tengkujuh 2023.

Baca Juga : Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

Bantuan Musim Tengkujuh 2023 Untuk Penoreh Getah

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan sumbangan musim tengkujuh kepada pekebun kecil daripada RM 600 kepada RM 800 untuk tempoh empat bulan bagi meringankan beban 320,000 penoreh getah dengan peruntukan sebanyak RM 256 juta.

Sebelum ini dalam Bajet 2022, Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM 600 disalurkan menerusi dua peringkat iaitu RM 300 pada November 2022 dan RM 300 pada Disember 2022.

Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan juga akan menyediakan RM 50 juta untuk menggunakan Cuplum Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan. Bahan ini dipilih kerana dilihat lebih berkualiti dan mampu memanjangkan hayat jalan.

 Inisiatif ini dijalankan bagi meningkatkan permintaan getah dan sekaligus menambah pendapatan pekebun kecil.

Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Bantuan Musim Tengkujuh Secara Tunai dan Subsidi Untuk Pesawah

Selain itu, sumbangan tunai turut diberikan kepada pesawah sebanyak RM 200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim.

Bantuan tunai ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 228 juta dan bakal memanfaatkan 240,000 pesawah.

Bagi meringankan beban para pesawah, kerajaan juga bakal meneruskan penyaluran pelbagai subsidi serta insentif serta harga padi, baja padi, dan padi huma dengan peruntukan RM 1.6 billion.

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) turut bersetuju untuk membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang keuntungan bersih sebanyak 30 peratus kepada pesawah.

Di samping itu, Skim Perlindungan Pertanian juga akan diperkenalkan bagi melindungan pengusaha pertanian daripada risiko luar kawalan seperti makluk perosak, penyakit serta cuaca bermula dengan pesawah padi.

“Kerajaan akan tetap memastikan kebajikan dan sokongan yang berterusan kepada para pesawah dan pekebun kecil,” ucap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)

Untuk makluman, terdapat dua golongan yang layak untuk memohon bantuan ini iaitu :

  • Pekebun kecil RISDA
  • Penoreh bukan pemilik

Syarat kelayakan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Cara Memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2023)

 Untuk memohon bantuan ini, anda perlu ke Pejabat RISA negeri atau Pejabat RISDA Daerah berdekatan anda.

Anda juga diminta untuk sertakan bersama dokumen seperti berikut ketika membuat permohonan.

1. Bagi Pekebun Kecil Pemilik

  • Kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank

2. Bagi Penoreh Bukan Pemilik

  • Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan kad PAT-G
  • Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank
Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Semakan Status Permohonan BMT

Jika anda sudah membuat permohonan BMT, anda boleh menyemak status permohonan anda melalui link di bawah:

http://bmt.risda.gov.my

Maklumat Lanjut

Perkembangan serta tarikh permohonan bagi bantuan ini akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Musim Tengkujuh, sila layari pautan : https://pekebunkecilmakmur.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!