EGTUKar : Permohonan Pertukaran PPP 2022

EGTUKAR : Permohonan Pertukaran PPP 2022 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian, Negeri, Daerah & Dalam Daerah untuk tahun ini telah dibuka mulai 1 Januari 2022.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dialu-alukan untuk memohon melalui Modul EGTUKAR.

Kemudahan EGTUKAR

EGTUKAR merupakan sebuah sistem yang dibangunkan bagi memudahkan PPP membuat pertukaran lokasi perkhidmatan atas sebab-sebab yang dibenarkan.  

Untuk menggunakan sistem ini, guru perlulah berdaftar dalam Pentadbiran Sistem. Pentadbir Sistem yang dilantik oleh KPM sahaja boleh mendapat akses bagi sistem ini.

Permohonan Pertukaran PPP Tahun 2022
Kredit Foto : epgo.moe.gov.my

Tarikh Permohonan Pertukaran PPP Tahun 2022

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7 Tahun 2021, permohonan pertukaran PPP melalui EGTukar akan dibuka bermula 1 Januari 2022.

Permohonan Pertukaran PPP Yang Dibenarkan

Merujuk kepada surat pekeliling yang sama, permohonan pertukaran PPP tahun 2022 yang dibenarkan adalah :

  • Antara bahagian / negeri
  • Antara daerah
  • Dalam daerah

Syarat Permohonan Pertukaran PPP 2022

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi permohonan pertukaran PPP Tahun 2022 :

  • Permohonan pertukaran kepada negeri yang tiada kekosongan jawatan kosong tidak akan dipertimbangkan oleh KPM.
  • Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan.
  • KPM tidak akan pertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran seterlah permohonan pertukaran diluluskan
  • Penempatan ke sekolah baru akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM.

Guru-Guru Yang Tidak Layak Untuk Memohon

Senarai guru-guru yang tidak layak bagi Permohonan Pertukaran PPP Tahun 2022 adalah seperti berikut :

  • Guru interim yang sedang menyertai kursus dalam cuti (KDC)
  • PPP/guru yang sedang bercuti tanpa gaji atau separuh gaji
  • PPP/guru yang sedang mengikuti kursus atau cuti belajar
  • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangat
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat.

Cara Permohonan EGTUKAR Secara Online

Sebelum kemukakan permohonan secara online, pastikan maklumat dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah.

Langkah ini sangat penting bagi mengelakkan masalah teknikal yang tidak diingini.

Para guru boleh dapatkan ID pengguna dan kata laluan EGTUKAR mengikut langkah-langkah berikut :

  1. Layari portal EGTUKAR di pautan https://epgo.moe.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan No. Kad Pengenalan
  3. Klik OK
  4. Klik PERMOHONAN dan lengkapkan maklumat permohonan
  5. Sila muatnaik maklumat yang diperlukan
  6. Klik HANTAR setelah selesai mengisi maklumat
  7. Simpan salinan permohonan
  8. Cetak permohonan untuk rujukan masa hadapan
  9. Sila log keluar apabila anda telah lengkapkan permohonan

Tempoh Permohonan Bagi Pertukaran  

Tempoh permohonan boleh dibuat berdasarkan jawatan masing-masing

Permohonan Sepanjang Tahun 2022 :

  • Pengetua / Guru Besar
  • Penolong Kanan
  • Guru Kanan Mata Pelajaran
  • Guru Tingkatan 6

Permohonan Mengikut Sesi Penggal Persekolahan :

  • Guru akademik biasa

Maklumat Lanjut

Semua PPP juga diminta untuk fahami serta patuhi garis panduan permohonan pertukaran. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan di bawah.

https://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/manual_pengguna_am_e-GTukar.pdf

FAQ Pertukaran Guru boleh dibaca melalui pautan ini :

https://epgo.moe.gov.my/surat_siaran/FAQ%20PERTUKARAN%20GURU%202019.pdf

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!