Tawaran Kemasukan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2022 Untuk Pelajar Lepasan Tingkatan 3

Tawaran Kemasukan Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab 2022 Untuk Pelajar Lepasan Tingkatan 3 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi kemasukan program Al-Syahadah Al-Uhya  Ulul Albab untuk lepasan pelajar Tingkatan 3 kini dibuka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021 untuk memohon program ini.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa API-MDC 2022

Apa itu Al-Syahadah Al-Uhya Ulul Albab (SUUA) ?

Al-Syahadah Al-Uhya Ulul Albab merupakan penggabungan Kurikulum Kebangsaan aliran tahfiz sains dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Kitab Turath untuk murif tahfiz pada peringkat menengah atas.

Program ini dilaksanakan bagi memantapkan dan memperkasakan KBT dalam arus perdana ke arah melahirkan murif-murif yang seimbang dan cemerlang dalam mata pelajaran berasaskan naqli dan aqli serta ilmu turath untuk menyediakan generasi ulama pelapis dan cendekiawan Islam megikut acuan Malaysia yang menghayati konsep Maqasid Syariah.

Al-Syahadah Al-Uhya Ulul Albab

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka dari 14 Mac hingga 21 Mac 2022.

Mata Pelajaran Kurikulum Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab

Berikut adalah matapelajaran kurikulum Al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab :

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Tahfiz Al-Quran

Matapelajaran Kitab Turath :

  • Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah
  • Turath Al-Lughah Al-Arabiah
  • Turath Al-Dirasat Al-Islamiah

Syarat Kelayakan

Permohonan ini terbuka kepada murid yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Murid yang mengikuti Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) KPM dari sekolah-sekolah kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri dan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta atau Pihak Berkuasa agama Negeri (PBAN).
  • Pemilihan calon akan dinilai berdasarkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK).
  • Calon telah menguasai hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 15 juzuk yang diperakukan oleh pihak sekolah.

Calon akan melalui proses temu duga secara bersemuka di pusat temu duga terpilih dan perlu hadir membawa dokumen seperti yang berikut :

  • Salinan keputusan akhir Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau peperiksaan pertengahan/akhir tahun 2021 yang telah disahkan; dan
  • Buku rekod hafazan al-Quran yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat untuk mengikuti pengajian ini sepenuhnya sehingga tamat Tingkatan Lima.

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di atas boleh buat permohonan secara dalam talian dengan melayari laman sesawang berikut :

PERMOHONAN KEMASUKAN AL-SYAHADAH

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkenaan tawaran kemasukan ke program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab, anda boleh rujuk di laman web rasmi KPM di pautan berikut :

PEMBERITAHUAN PERMOHONAN KEMASUKAN AL-SYAHADAH

`

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!