SPM Ulangan 2023 Jadual Peperiksaan & Tarikh SPMU

Semakan SPM Ulangan 2023 Jadual Peperiksaan SPMU Terkini, Bahasa Melayu, Sejarah & Matematik

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2023 dijadualkan diadakan dalam dua sesi iaitu:

  • Sesi 1: September 2023
  • Sesi 2: *Disember 2023

Bagi sesi 1, akan melibatkan tiga kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. Bagi sesi 2 pula, peperiksaan spm ulangan sesi *Disember (tertakluk pada perubahan semasa), calon SPMU akan menduduki kertas peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 

Calon SPMU boleh memilih semua subjek kertas peperiksaan yang ada ditawarkan.

SPM Ulangan 2023

spm ulangan 2023

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2023, terdiri dari 2 sesi iaitu ;

SPMU Sesi 1

  • Subjek : Bahasa Melayu, Sejarah & Matematik
  • Jenis Peperiksaan : Bertulis,Bertutur, Mendengar
  • Tarikh peperiksaan : 4 -6 September 2023

SPMU Sesi 2

  • Subjek : Semua subjek yang ditawarkan dalam peperiksaan spm 2023. (Rujuk disini)
  • Jenis Peperiksaan : Bertulis
  • Tarikh peperiksaan : Sama dengan tarikh peperiksaan SPM 2023

Jadual SPM Ulangan 2023

Bagi calon yang telah membuat pendaftaran untuk mengikuti peperiksaan SPM Ulangan 2023 sesi Jun bagi subjek Bahasa Melayu,Matematik dan Sejarah, tarikh peperiksaan akan dibuat selama tiga hari bermula pada 4 September (Isnin) -6 September (Rabu) 2023.

Jadual SPM ulangan sesi Jun 2023 ini merangkumi jadual bagi ;

  • Bahasa Melayu
    • Kertas 1 –
    • Kertas 2
    • Kertas 3 -ujian bertutur
    • kertas 4 -ujian mendengar
  • Sejarah
    • Kertas 1 -aneka pilihan
    • Kertas 2 -subjektif
  • Matematik
    • Kertas 1 -Aneka pilihan
    • Kertas 2-Subjektif
jadual spm ulangan 2023
jadual spm ulangan 2023

Perigatan Kepada Calon SPMU

  1. Permohonan calon persendirian hanya dilakukan secara atas talian sahaja di laman sesawang sppat.moe.gov.my.
  2. Calon hendaklah memastikan semua maklumat yang diberikan adalah:
    1. benar seperti dalam dokumen pengenalan diri;
    2. mata pelajaran yang dimohon adalah tepat; serta
    3. E-mel dan no. telefon bimbit yang boleh dihubungi.

Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.

  1. Pendaftaran Calon Mengulang hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPMU/SPMU(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  2. Membuat pendaftaran SPMU di portal Pendaftaran Calon Persendirian SPMU 2023 antara 08/04/2023 sehingga 16/06/2023.
  3. Pembayaran dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik. (sila simpan resit untuk rujukan).
  4. Semakan pendaftaran boleh disemak mulai 01/08/2023.
  5. Sila cetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) Ujian Bertutur/Lisan/Ujian Bertulis yang mempunyai angka giliran, pusat peperiksaan calon dan jadual waktu peperiksaan. Sila bawa PPP dan dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan semasa peperiksaan dijalankan.
  6. Permohonan pindah pusat peperiksaan hendaklah dimohon di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar antara 07/06/2023 sehingga 14/06/2023 berserta bayaran.
  7. Permohonan pembetulan maklumat calon/mata pelajaran hendaklah dimohon di JPN tempat calon mendaftar antara 07/06/2023 sehingga 14/06/2023 berserta bayaran.
  8. Sila cetak semula PPP jika terdapat pengemaskinian maklumat/mata pelajaran yang telah diluluskan.
  9. Kenyataan Semakan bukanlah dokumen rasmi pendaftaran. Ia adalah sebagai makluman awal bahawa calon telah melaksanakan pendaftaran.

Garis Panduan Peperiksaan SPMU

Calon WAJIB hadir dan menduduki semua kertas SPMU yang telah didaftarkan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis, ujian mendengar atau melaksanakan ujian bertutur akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Sekiranya calon tidak dapat hadir sesuatu kertas peperiksaan, calon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan perlu diberikan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPMU 2023.

Calon dinasihatkan untuk membuat semakan butiran penyata pendaftaran sebelum peperiksaan. Jika terdapat kesilapan maklumat, segera maklumkan kepada JPN dan mengisi borang pembetulan maklumat.

Bayaran RM30 akan dikenakan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos

Anda juga boleh download GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2023

Semakan Keputusan SPM Ulangan 2023

Tarikh semakan keputusan SPMU 2023, akan dikemaskini kemudian

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SPMU 2023, sila layari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di http://lp.moe.gov.my/ atau hubungi pejabat LPM di talian 03-8884 3200.

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh SPM Ulangan 2023 akan dilaksanakan?

Sesi 1: September 2023
Sesi 2: *Disember 2023 (Tertakluk pada perubahan)

Tarikh pendaftaran SPM Ulangan 2023?

08/04/2023 sehingga 16/06/2023

Berapakah had umur calon SPM Ulangan?

Tiada had umur ditetapkan bagi calon yang berminat untuk menduduki peperiksaan SPMU

Permohonan SPM Ulangan 2023

Permohonan dan pendaftaran SPMU sesi 2023 telah ditutup

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!